Translate

05 March 2020

Video Tular: Polis Menahan & Siasat Seorang Usahawan kosmetik terkenal didakwa memukul anak angkatnya berusia dua tahun



Tarikh Kemaskini :
06/03/2020 11:26 AM

KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Polis menahan seorang jutawan kosmetik terkenal semalam selepas didakwa memukul dan mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya, bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

“Siasatan telah dibuat dan individu berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam bagi membantu siasatan,” katanya,

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis telah mengambil keterangan usahawan kosmetik berkenaan berhubung kes itu pada Rabu lepas.

-- BERNAMA


Last Update :
05/03/2020 12:37 AM

KUALA LUMPUR, March 4 -- Police have recorded the statement of a famous cosmetic entrepreneur accused of hitting his two-year-old adopted daughter at a house in Petaling Jaya last month.

Petaling Jaya District Police chief ACP Nik Ezanee Mohd Faisal said the suspect turned up at the Petaling Jaya district police headquarters on Monday (March 2) to give his statement.

“Police also recorded the statements of four other witnesses and the investigation paper will be sent to the Deputy Public Prosecutor’s office on Friday,” he said when contacted by Bernama, adding that the case wouldl be investigated under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001.

BERNAMA


Usahawan kosmetik pukul anak angkat untuk ‘content’ media sosial? Polis terima aduan, siasatan sedang dijalankan
Rabu, 4 Mac 2020 10:52 PM
mStar.com.my



Usahawan kosmetik didakwa pukul anak.

USAHAWAN kosmetik terkenal didakwa memukul anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku pada bulan lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman usahawan kosmetik berkenaan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut laporan Berita Harian, usahawan terbabit dikatakan memukul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak terbabit semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk kandungan media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes dera anak, JKM cari Aliff Syukri di pejabat

Berdasarkan laporan berkenaan, pengadu berkata suspek memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama mangsa selain mengarahkannya untuk memukul kanak-kanak terbabit.

Namun pengadu mendakwa dia tidak menuruti arahan berkenaan kerana bimbang kanak-kanak itu cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi portal berkenaan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.



Salinan laporan polis yang tular di media sosial dan komen netizen di Instagram milik Aliff Syukri.

“Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

“Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruangan Facebook, tular salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Malah, Instagram milik usahawan kosmetik itu turut mula dibanjiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini.



Tular rakaman video seorang kanak-kanak mengalami kecederaan pada tubuh akibat dipukul.

"Betul ke Datuk pukul Ameena? Sebab nak live sanggup pukul?

"Betul ke pukul anak angkat? Aku tak kisah kalau anak buat salah tapi pukul pun ada had, bukan sebarangan.

"Kasihannya, sampai hati Datuk pukul Ameena, siap ada report polis lagi," komen netizen.

Bagaimanapun sehingga kini, Aliff masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.

https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2020/03/04/usahawan-dera-anak/#.Xl_D5otswYV.whatsapp


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED