Translate

09 March 2020

Salurkan pertanyaan melalui ‘virtual health advisory’ KKM kalau Bimbang Pasal Covid-19

Bimbang Covid-19… Salurkan pertanyaan melalui ‘virtual health advisory’ KKM

FMT REPORTERS

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama “DoctorOnCall” melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual khusus untuk menangani kerisauan orang ramai mengenai wabak Covid-19.

Portal ini merupakan inisiatif pihak kerajaan yang pertama seumpamanya dan disediakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Portal ini boleh diakses dimana sahaja, setiap hari, dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang melalui laman sesawang berikut:
atau
Sekiranya terdapat sejarah perjalanan, orang awam dipohon untuk tidak terus pergi ke fasiliti kerajaan.
Namun, disarankan agar mendapatkan nasihat kesihatan terlebih dahulu melalui virtual health advisory atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) hotline.
CPRC hotline boleh dihubungi di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700 untuk mendapat khidmat nasihat.
Namun anda harus ingat hubungi 999 untuk kecemasan manakala platform ini tidak menguruskan kes kecemasan.
Talian atau laman ini khusus untuk mendapatkan khidmat nasihat gejala Covid-19 sahaja.
Untuk pertanyaan bagi masalah lain, sila rujuk ke fasiliti kesihatan terdekat anda.
Khidmat Nasihat Virtual dengan doktor KKM “percuma” melalui laman portal doctoroncall.com.my.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED