Translate

26 March 2020

POLIS tangkap seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai meragut pembantu jururawat



Warga asing ditahan ragut pembantu jururawat

POLIS menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dipercayai meragut pembantu jururawat di Gombak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 2 petang hari ini.

“Suspek berjaya dikesan di kawasan Rawang sebelum ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Barang-barang mangsa yang diragut berjaya ditemui semula,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Arifai berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kelmarin, wanita berusia 21 tahun itu diragut suspek ketika membuka pintu pagar rumahnya.

Mangsa tidak cedera dan tiada kerugian, sebaliknya hanya kehilangan Mykad, kad bank dan dokumen pejabat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 4:36 PM

#HarianMetro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 4 hrs 14 mins ago