Kerajaan PH Melaka tumbang
MyMetro

AB Rauf Yusoh. FOTO arkib NSTP
Wartawan NSTP
PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tumbang.
Dalam sidang media sebenar tadi, beliau berkata, pihaknya akan menyerah kepada kepimpinan pusat untuk memutuskan siapa Ketua Menteri baru.
Turut menyertai sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee.
PH pada asalnya memiliki 15 kerusi daripada 28 kerusi DUN, manakala pembangkang menguasai 16 kerusi.
Ketika ini, PH diwakili DAP, PKR dan AMANAH masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN manakala BERSATU dua kerusi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 5:03 PM