Translate

20 March 2020

Indonesia menutup kemasukan pelawat asing dan menghalang rakyatnya keluar untuk sebulan berkuat kuasa esok


Indonesia tutup kemasukan pelawat asing mulai esok selama sebulan

Bernama | Mac 19, 2020 21:38


Indonesia tutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara. - Reuters
JAKARTA: Keraja
an Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak COVID-10 dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa esok (Jumaat, 20 Mac).

Menteri Luar, Retno Marsudi, dalam kenyataan hari ini, berkata Visa Bebas Kunjungan (BVK), Visa Ketibaan (VOA) dan Visa Bebas Diplomatik/Perkhidmatan untuk warga asing ditangguhkan selama sebulan.
Susulan langkah tambahan tersebut, beliau berkata, pelawat warga asing yang akan berkunjung ke Indonesia diwajibkan mempunyai visa dari perwakilan Indonesia di negara masing-masing dengan menyatakan maksud dan tujuan lawatan tersebut.

Selain itu, katanya, semasa memohon visa, mereka perlu melampirkan sijil kesihatan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara masing-masing.

Retno berkata peraturan itu akan dikaji semula mengikut kesesuaian dan perkembangan semasa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED