Translate

09 March 2020

Covid-19 Malaysia Situasi Semasa: 18 Kes Baru, Jumlah Kes 117 - kes baru- lelaki baru balik daripada Iran | 9 Mac 2020 #covid-19 #malaysia



Situasi semasa #COVIDー19 di Malaysia, 9 Mac 2020.
1. 18 kes baru menjadikan 117 kes keseluruhan setakat ini. 
2. Kes ke-101 mempunyai sejarah perjalanan ke Iran. 
3. Dua kes masih dalam ICU. 
4. Enam kes dari gelombang kedua, 6 mempunyai sejarah perjalanan luar negara.



Kenyataan Akhbar KPK 9 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia




STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 9 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 18 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenalpasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.
KKM ingin memaklumkan satu kes (kes ke-101) yang dikesan di kalangan Patient Under Investigation (PUI) telah dilaporkan melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran. Kes bersama dengan rakan perniagaan beliau telah ke Iran pada 20 Februari sehingga 27 Februari 2020. Kes telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan kes telah disahkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2020. Kini, kes telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.
Dengan pertambahan 18 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes. Daripada jumlah ini sebanyak 19 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, 96 kes dari kalangan kontak rapat dan dua (2) lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan. Dua kes yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi semalam, masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi dan masih memerlukan bantuan alat pernafasan.
Untuk makluman semua, kes-kes bagi gelombang kedua yang dilaporkan ini (bermula kes ke-23 sehingga kes ke-117), hanya enam (6) kes sahaja yang dilaporkan dari kalangan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Manakala kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan mempunyai perkaitan antara sama lain.
Di samping itu, KKM juga telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19. Sehingga 9 Mac 2020, sebanyak 574 sampel telah diuji dan setakat ini tiada sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini.
PENGAMBILAN SAMPEL COVID-19 DI RUMAH
Untuk makluman, KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat laman web/memuatnaik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan.
WhatsApp Image 2020-03-09 at 10.08.08 AM
NASIHAT KESIHATAN
  1. KKM in menasihatkan orang awam tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri yang baik dan sekiranya bergejala, elakkan dari mengunjungi ke tempat-tempat awam. Dua kaedah mudah ini telah terbukti mampu mengurangkan penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh titisan sekresi pernafasan (respiratory droplet) dalam kalangan komuniti. Kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh negara China semasa menghadapi wabak COVID-19 di negara mereka dan kaedah ini merupakan salah satu penyumbang pengurangan kes COVID-19 di China.
  1. Penjagaan kebersihan diri yang baik adalah seperti sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer dan segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.
  1. KKM ingin menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).
  1. Orang awam juga diingatkan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 ini. Maklumat terkini berkenaan perkembangan semasa kejadian COVID-19 boleh didapati daripada laman sesawang KKM; moh.gov.my
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
9 Mac 2020 @ 4:00 petang


Image

Image
Image



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED