Translate

03 March 2020

3 individu termasuk seorang Janda berumur 32 tahun Edar Dadah Setengah Juta Berjaya Ditumpaskan oleh Polis


MKL Crimedesk
119K subscribers


Polis selangor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja dan syabu dengan penahanan 3 individu termasuk seorang janda pada jumaat lalu.

kesemua suspek di tangkap bersama 150 kilogram ganja dan 1 kilogram syabu dengan nilai rampasan lebih setengah juta ringgit.

ketua polis selangor datuk noor azam jamaludin berkata sindiket dikesan hasil risikan jabatan siasatan narkotik ampang jaya dan di bantu jsjn ipk selangor.

tangkapan pertama membabitkan seorang wanita berusia 32 tahun disebuah pangsapuri taman muda ampang jaya.

sejumlah 150 kilogram ganja dan 1 kilogram syabu ditemui di dalam almari pakaian.

hasil soal siasat membawa penahanan 2 lagi suspek lelaki di sebuah rumah teres dua tingkat dekat batu caves gombak.

polis turut menemui ganja seberat 666 gram ganja.

siasatan mendapati wanita terbabit positif dadah dalam ujian saringan air kencing dan memiliki 2 rekod dadah lampau.

manakala saringan ke atas 2 suspek lelaki bekerja sebagai jurukabel elektrik turut positif dadah.

kesemua suspek direman sehingga 6 mac bagi membantu siasatan di bawah seksyen 39 b akta dadah berbahaya 1952.

dengan tangkapan ini menjadikan kes ke 8 sindiket dadah yang berjaya di tumpaskan di selangor pada tahun ini

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED