Translate

16 February 2020

Wanita warga asing bertempiaran lari sebaik kelab malam di Ampang diserbu Jabatan Imigresen Malaysia

Image may contain: one or more people

Gadis rama-rama 'fly' ke lokap

Muhaamad Hafis Nawawi | 15 Februari 2020

KEMERIAHAN kelab malam di Jalan Ampang, di Kuala Lumpur, menganjurkan malam Valentine Day bertukar kecoh selepas wanita warga asing bertempiaran lari sebaik premis itu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tengah malam tadi.


Dalam serbuan jam 12.05 tengah malam itu, wanita warga asing itu dilaporkan bersembunyi di sebalik almari dan cuba memanjat bumbung premis namun gagal loloskan diri.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, seramai 42 wanita warga asing terdiri 38 warga Thailand, tiga Vietnam dan Laos berusia 21 hingga 35 tahun ditahan.

Menurutnya, serbuan dijalankan hasil risikan dan aduan orang ramai mengenai kegiatan kelab malam itu yang menyediakan khidmat wanita warga asing dan menyalah guna pas lawatan sosial.

“Mereka dipercayai bekerja di kelab malam itu sebagai gadis rama-rama dan mendapat habuan hasil menjadi gadis kalung bunga.

“Wanita ini disyaki menemani dan melayan pelanggan dengan menerima tips yang lumayan di mana kalung bunga dibayar serendah RM100 hingga RM600 berdasarkan persembahan dan layanan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hamidi berkata, pihaknya turut menahan majikan kelab malam itu dan enam pekerja warga Bangladesh serta seorang Thailand.

“Kelab malam itu juga disyaki menganjurkan malam Valentine Day. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 39B Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED