Translate

04 February 2020

Rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV), 2 kes baru .




1 kes warga tempatan disahkan positif koronavirus
Faiz Zainudin
-February 4, 2020 3:01 PM

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan seorang warga tempatan dari Selangor dikesan positif koronavirus, dalam 1 daripada 2 kes baru yang dimaklumkan kepada media hari ini.

Menterinya, Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan sejarah perjalanan individu itu, dia berada di negara jiran sebelum jangkitan.

“Ini menjadikan kes pertama membabitkan rakyat warganegara Malaysia,” katanya ketika sidang media hari ini.

Dzulkefly berkata, warga tempatan berusia 41 tahun itu dikesan dijangkiti virus tersebut selepas menghadiri mesyuarat di negara jiran.

Dengan penambahan 2 kes baru itu, menjadikan jumlah keseluruhan individu positif koronavirus ialah seramai 10 orang di negara ini.



Selasa, 4 Februari 2020 | 2:59pm
BERITA HARIAN

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) ketika sidang media mengenai situasi terkini jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Kementerian Kesihatan. - Foto BERNAMA
Kes pertama 2019-nCov babitkan rakyat Malaysia

Oleh Luqman Arif Abdul Karim
luqman.arif@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura, dari 16 hingga 22 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China.

Lelaki berkenaan kemudian pulang ke Malaysia pada 23 Januari lalu, sebelum mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor, enam hari berikutnya kerana demam dan batuk.



“Jadi, ini adalah kes pertama jangkitan coronavirus, membabitkan rakyat kita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Kementerian Kesihatan setakat semalam melaporkan tiada pertambahan kes positif coronavirus dikesan di Malaysia dalam tempoh lebih tiga minggu.



Semua kes positif sebelum ini membabitkan warganegara China, masing-masing tiga kes disyaki (PUI) dan lima individu dalam kalangan kontak rapat.



Jumlah terkumpul kes PUI bagi 2019-nCoV pula adalah 192 orang, iaitu 105 rakyat tempatan, China (82 orang) dan masing-masing satu warga Australia, Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.



Tiga daripada keseluruhan PUI itu disahkan positif coronavirus, 173 kes negatif dan 16 masih menunggu keputusan makmal.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED