Translate

17 February 2020

Penjaja kecil apabila boleh mendapatkan pinjaman mudah melalui Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan maksimum RM5000.00





PUTRAJAYA – Berita baik untuk golongan penjaja kecil apabila mereka kini boleh mendapatkan pinjaman mudah melalui Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan (SMKWP) dengan nilai maksimum RM5,000 yang boleh dipohon mulai esok (18 Februari).

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, skim mikro kredit dengan bayaran balik serendah RM20.19 seminggu itu adalah untuk membantu usahawan kecil sedia ada dari kumpulan B40 untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Info lanjut: https://www.wilayahku.com.my/skim-mik...


BERITA HARIAN
Khalid Abdul Samad bercakap pada sidang media khas berhubung Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan (SMKWPP) bagi membantu peniaga kecil bermula 1 Mac. - FotoBERNAMA


PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menawarkan Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan (SMKWP) bermula 1 Mac ini, bagi membantu usahawan kecil daripada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Menteri, Khalid Abd Samad, berkata permohonan untuk skim itu akan dibuka esok dengan tawaran pinjaman bermula RM1,000 sehingga RM5,000 setiap seorang, dengan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun.
“SMKWP terbuka kepada semua usahawan kecil iaitu pemegang lesen penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL).
“Kami tidak mahu terlalu gopoh untuk memberikan jumlah banyak, jadi buat permulaan sejumlah RM500,000 diperuntukkan untuk SMKWP dengan sasaran seramai 100 pemohon,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Peminjam boleh membuat bayaran balik secara mingguan dengan minimum RM20 hingga RM100 bersama caj pengurusan sebanyak dua peratus, dan wajib membuat bayaran tambahan tiga peratus yang akan direkodkan sebagai simpanan.
Khalid berkata, KWP bekerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Bank Islam Malaysia Bhd bagi menawarkan skim itu untuk memudahkan peniaga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
“Kami tidak mendapat apa-apa keuntungan, sebaliknya kami turut membantu peminjam membuat simpanan sementara mereka membuat bayaran mingguan.
“Sebaik sahaja mereka selesai membayar pinjaman, mereka boleh mengambil simpanan itu secara tunai ataupun baki hutang diselesaikan dengan wang simpanan,” katanya.
Menurutnya, pinjaman itu diberi secara sekali bayar sekiranya sesuatu permohonan itu berjaya dan tiada cagaran diperlukan.
“Proses tapisan akan dilakukan dengan temu duga dan lawatan tapak akan dilakukan sebelum menentukan sama ada permohonan itu layak ataupun tidak.
“Sebaik sahaja diluluskan, mereka akan mendapat jumlah pinjaman yang dipohon dan pengeluaran akan dilakukan oleh Bank Islam, pemantauan dan kursus akan diberikan kepada peminjam dari semasa ke semasa,” katanya.
Khalid berkata, permohonan boleh dibuat menerusi pejabat YWP di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan perniagaan sedia ada.
“Sekiranya sambutan menggalakkan, kami akan mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak permohonan dan menambah dana pinjaman,” katanya. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED