Translate

11 February 2020

Pengasas skim pelaburan Self Made Millionaire Group (SMMG) Di Tahan Polis




Pengasas SMMG ditahan reman

MyMetro


SAIFUL Azly

Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my





SIASATAN berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membawa kepada penahanan pengasas skim pelaburan Self Made Millionaire Group (SMMG), Khamis lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, polis menahan lelaki berusia 47 tahun itu di sekitar Petaling Jaya jam 7.30 malam selepas pihaknya menjalankan risikan kegiatannya.


Menurutnya, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengenai modus operandi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


“Polis menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa kepada skim penipuan ini agar tampil segera membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan seterusnya menahan mereka yang terbabit,” katanya kepada Harian Metro.


Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan skim pelaburan SMMG sudah disenaraikan dalam Senarai Amaran Kewangan Pengguna sejak 27 Mei tahun lalu.

BNM memaklumkan senarai skim, syarikat dan laman web disenaraikan itu tidak berdaftar dan tidak mematuhi akta dan undang-undang berkaitan kewangan ditadbir BNM.

“Senarai ini adalah panduan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan ia dikeluarkan selepas BNM menerima aduan dan maklumat daripada pengadu berhubung produk yang ditawarkan.

“Sehingga kini, 438 syarikat sudah disenaraikan dalam senarai berkenaan. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang deposit ayau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 10:20 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED