Translate

10 February 2020

Pelawak Popular Abam Bocey Meninggal Dunia kira kira 8.30 pagi Hari Isnin 10 Feb 2020






Abam Bocey meninggal dunia

MyMetro



ABAM demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my



PELAWAK popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.

Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Allahyarham tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh.

Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dikatakan demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.



Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan hari ini.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Dalam kumpulan Bocey, selain Abam ia turut dianggotai Fad dan Acey.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 9:56 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED