Translate

03 February 2020

Mujahid tidak setuju dengan tindakan Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika berada di Tanah suci ketika mengerjakan umrah






Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

MyMetro



Mujahid tidak setuju dengan tindakan Sajad

Rafidah Mat Ruzki
am@hmetro.com.my



MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof kesal dengan ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat, yang berpakaian seperti wanita ketika berada di Tanah suci ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Mujahid berkata, tindakan Sajat itu menjejaskan imej sebagai seorang lelaki secara biologi dan yang tertera di kad pengenalannya, tetapi berpakaian seperti wanita ketika di Makkah.

Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada jemaah dan mereka yang menyaksikan perbuatan Sajat itu, berikutan dengan berpakaian wanita, usahawan kosmetik itu bergaul dan berada di ruang solat untuk wanita.



"Ini menimbulkan ketidakselesaan, daripada banyak aduan oleh jemaah sendiri dan orang yang menyaksikan peristiwa itu tidak berpuas hati, dia sudah menceroboh ruang yang ditentukan untuk wanita dengan berpakaian serupa.

"Ini sangat menjejaskan imej Islam dan saya amat kesal dengan perbuatannya dan saya masih menunggu laporan yang berkaitan kerana saya difahamkan beliau masih berada di Makkah, belum balik lagi," katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Maqasid Syariah Kementerian Kesihatan di Putrajaya tadi.

Mujahid berkata, beliau juga sedang mendapatkan maklumat berkenaan agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga serta rakannya menunaikan ibadah umrah.

Katanya, beliau kesal berikutan agensi berkenaan seharusnya maklum bahawa Sajat adalah seorang individu yang menimbulkan kontroversi.

"Saya tidak tahu apa janji dia kalau dia (agensi pelancongan) bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

Beliau berkata, bukan saja perbuatan Sajat itu menjejaskan imej negara dan Islam, ia pula dipaparkan melalui media sosial Instagram, seolah-olah perkara itu tidak ada kesalahan.

"Kalau (dalam ajaran) Islam itu tidak betul dan salah. Dia kena berhenti (melakukan perbuatan itu) sebab dalam realiti, dia menimbulkan pelbagai isu dan dipamerkan dalam sosial media. Seolah-olah dia berasa tidak bersalah dan ini lebih memberatkan lagi isu ini.

"Orang ramai marah dan saya merasa kesal. Saya juga ingin memberitahu dia bahawa tolong, dengan perbuatan anda itu menimbulkan kebimbangan orang awam dan kemarahan orang awam.

"Yang kedua, fikirlah tindakan anda itu dilakukan di negara orang, di bumi Makkah, di bumi Madinah, yang akan terjejas imej kita yang mungkin boleh menjadi isu antara negara. Yang ketiga, kembali lah kepada fitrah asal dan mengikuti ajaran agama kita," katanya.

Pada masa sama, Mujahid yakin perbuatan Sajat itu tidak akan menjejaskan kuota haji negara kerana ia adalah tindakan peribadi.

Namun, katanya, pihaknya akan bertemu dengan agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan umrah bagi mengelakkan perbuatan sama berlaku di masa depan kerana mereka yang seharusnya membuat penelitian supaya tindakan yang menjejaskan sensitiviti.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 3:28 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED