Translate

11 February 2020

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar dari kereta ke lorong kanan Lebuhraya PLUS selepas kereta dipandu bapanya dilanggar kereta lain



Budak tercampak ke tengah lebuh raya [METROTV]

MyMetro



Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my





KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun tercampak keluar dari kereta dan terjatuh di lorong kanan Lebuhraya PLUS selepas kereta dipandu bapanya dilanggar kereta lain, petang semalam.

Kemalangan berlaku di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Ayer Keroh-Senawang arah utara dekat Seremban pada 3.21 petang.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir berkata, kereta Perodua Myvi disyaki dipandu dalam keadaan merbahaya dengan kereta Honda Jazz berwarna biru di lorong kanan.


“Kenderaan terbabit mengubah haluan dan menghimpit kereta Honda Civic yang berada di lorong kanan.

“Tindakan itu menyebabkan pemandu kereta Honda Civic hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi tengah lebuh raya dan terlanggar bahagian belakang kereta Perodua Myvi di lorong tengah.

“Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di dalam kereta Honda Civic telah tercampak keluar dari kereta dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya,” katanya di Seremban, hari ini.

Ibrahim berkata, berikutan itu mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dua kenderaan dipandu secara merbahaya dan tindakan diambil mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Rakaman video berdurasi selama 59 saat membabitkan kejadian itu dirakam pengguna lebuh raya turut tular di laman sosial.

Menerusi rakaman itu, pemandu dua kereta itu kelihatan berlumba dan menukar lorong sesuka hati sebelum kemalangan menyebabkan kanak-kanak itu tercampak.

Pengguna jalan raya lain segera memperlahankan kenderaan sebelum seorang pemandu lori bergegas mendapatkan mangsa.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 5:13 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED