Translate

20 February 2020

Emma Maembong sah bergelar isteri kepada juruterbang iaitu Muhammad Shazli Azhar pada jam11.58pagi 20.02.2020



PELAKON Emma Maembong sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 , dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Dunia Melayu Bukit Damansara jam 11.59 pagi, hari ini.

Emma, 27, atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail yang berwalikan bapanya, Ismail Embong dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz

Pada majlis itu, Emma menerima mas kahwin RM2,000 berserta senaskhah Al-Quran berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran dirahsiakan, manakala pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED