Translate

01 February 2020

Doktor Dipukul Teruk oleh bekas Suami seorang jururawat wanita kerana cemburu



Serang doktor di hospital akibat cemburu
Oleh Nor Farhani Che Ad
BERITA HARIAN

SUNGAI PETANI: Seorang doktor di sebuah hospital di sini cedera parah akibat dibelasah seorang lelaki berpunca daripada rasa cemburu.



Lelaki terbabit cemburu apabila mendakwa doktor terbabit menjalin hubungan dengan bekas isterinya dan menyerang doktor itu ketika mangsa sedang bertugas.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata kejadian itu berlaku pada 23 Januari lalu di Klinik Ortopedik hospital berkenaan ketika doktor berusia 30 tahun itu sedang bertugas.



Bagaimanapun, seorang lelaki iaitu suspek utama berusia 37 tahun sudah ditahan sehari selepas kejadian dan direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.



“Suspek dipercayai cemburu dengan mangsa berikutan mangsa mengenali bekas isteri suspek yang juga seorang jururawat di hospital berkenaan.



“Tuntutan balas kes fasakh yang dibuat oleh suspek tidak berpihak kepadanya menyebabkan suspek semakin tidak berpuas hati dengan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Ketika ini tular video berdurasi 58 saat memaparkan doktor berkenaan diserang sekumpulan lelaki yang turut menumbuk dan menyepak doktor itu beberapa kali sebelum mangsa dilihat tidak sedarkan diri.



Adzli berkata, berikutan kejadian, mangsa dimasukkan ke wad kecemasan akibat tidak sedarkan diri selain mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kiri dan luka pada muka.



“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami retak pada tulang tengkorak iaitu pada bawah mata sebelah kiri, namun mangsa kini dilaporkan stabil.



“Kertas siasatan kes sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.








KEJADIAN seorang doktor lelaki dipukul di sebuah hospital di sini, baru-baru ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED