Translate

12 February 2020

Selepas ......... Diva AA "MEMOHON MAAF" Secara Terbuka Kepada Datuk Seri Vida ???










SENI & HIBURAN

MALAYSIAKINI

Konflik dengan Vida bukan dibuat-buat, kata Azwan


Nadia AzamDiterbitkan 11 Feb 2020, 8:25 malam | Dikemaskini 11 Feb 2020, 8:25 malam
A+A-


Selebriti yang selalu mencetuskan kontroversi, Azwan Ali, mengakui 'kemelut' yang terjadi di antara dirinya dengan usahawan kosmetik, Hasmiza Othman - atau lebih dikenali sebagai Vida - bukannya sengaja dibuat-buat.

Sebaliknya, kata Azwan, ia memang berlaku secara spontan dan bukan dirancang untuk menaikkan populariti atau menagih perhatian orang ramai.

Pun begitu, Azwan yang lebih dikenali dengan gelaran Diva AA, enggan memaksakan kenyataan itu kepada umum sebaliknya menyerahkan ia untuk tafsiran masing-masing.

"Jika ada pihak nak menuduh apa berlaku ini sebahagian daripada strategi pemasaran, itu terpulang kepada mereka.
Iklan



"Saya akui isu itu antara yang tular dan diperkatakan ramai pihak.

"Apa saya boleh cakap, Vida ada produk untuk dipromosikan, tapi Diva AA tak ada produk (sebaliknya) hanya beg Louis Vuitton untuk dibawa ke hulu, ke hilir," katanya bersahaja.

Azwan hari ini mengadakan sidang media khas untuk meminta maaf secara terbuka kepada Vida susulan rakaman video mengandungi ucapan berbaur hinaan dimuat naik di akaun Twitter miliknya sebelum ini.










Ia dibuat selepas kira-kira 24 jam selepas Hasmiza mengadakan sidang media dan memberikan tempoh 48 jam kepada Azwan untuk meminta maaf.

Kegagalan berbuat demikian, kata Hasmiza, akan mendorong pihaknya membawa Azwan ke mahkamah untuk disaman.

"Diva AA memohon maaf secara terbuka dan keputusan ini dibuat selepas mengkaji setiap sudut perundangan bersama kelima-lima peguam saya," kata Azwan pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, peguam mewakili Azwan, Mohamed Fu'ad Zainal Abidin.

Lebih sudu dari kuah


Semalam Hasmiza mengadakan sidang media untuk menguar-uarkan empat notis tuntutan kepada Azwan iaitu memohon maaf secara terbuka, memadam hantaran dimuat naiknya di media sosial, mengaku kenyataan dikeluarkan berbaur fitnah dan tidak meneruskan kenyataan menghina.

Kesemua notis tuntutan tersebut harus dipenuhi Azwan dalam tempoh 48 jam.

Konflik bermula selepas pengacara itu menyatakan hasratnya untuk menyertai karnival anjuran Hasmiza di Shah Alam dan Johor Bahru.


Dakwa Hasmiza, Azwan tidak berpuas hati ekoran dia tidak menerima bayaran sedangkan kehadirannya bukan atas kapasiti sebagai tetamu jemputan sebaliknya untuk tujuan peribadi.

Melalui akaun Twitternya, Azwan memuat naik video klip didakwa mempersenda cara kematian dua anak lelaki penyanyi I Am Me itu, Zuhdi Mohd Amin, 11, dan Edrie Zikrie, 10, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran tujuh tahun lalu.

Perbuatan itu dakwa Hasmiza, dilakukan dengan simbolik cara membakar pewangi dan selendang pemberian ibunya sebagai tanda terima kasih hadir kerana dia hadir di karnival berkenaan.






Sebagai respons, anak Hasmiza iaitu Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, baru-baru ini menggunakan aplikasi Tik Tok sebagai medium untuk menyindir Azwan gara-gara tindakannya itu.

Mengulas perkara tersebut, Azwan berkata, dia sebenarnya sedikit pun tidak menyebut nama sesiapa dalam video terbabit seperti didakwa Hasmiza.

"Video tak sebut nama sesiapa yang saya kecam tapi saya hormati dakwaan dan tuduhan Vida sebab dia kata sampai sentap, tersinggung dan tak boleh tidur. Pasal video terpulang nak anggap siapa.

"Justeru saya tarik balik apa saja dan buat permohonan maaf secara menyeluruh selain tak ulang pasal kes ni," katanya.


Hasmiza bersama anaknya, Cik B, semalam



Menurut Azwan lagi, dia juga tiada masalah untuk bersua muka dengan Hasmiza bagi membincangkan isu tersebut.

"Ini bukan soal kalah menang. Ni semua berdasarkan kemanusiaan kalau dah buat satu dosa bukan masalah untuk tarik kenyataan.

"Saya harap Vida menerima permohonan maaf dan harap tiada pihak mencucuk dia dengan isu ni lagi.

"Terima kasih, ni hikmah terbesar daripada Vida.

"Terima kasih kerana didik anak (Cik B) sampai begitu. Anak dia dah ibarat lebih sudu dari kuah," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED