Translate

11 February 2020

Dato Seti Vida DSV - Azwan Ali diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf










SENI & HIBURAN
MALAYSIAKINI

Vida beri tempoh 48 jam pada Diva AA


Selebriti yang sering memancing kontroversi, Azwan Ali diberi tempoh 48 jam mulai hari ini untuk membuat permohonan maaf selepas menyebarkan kata-kata kebencian selain mengeluarkan kata-kata kesat terhadap usahawan kosmetik, Hasmiza Othman.

Kata Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida itu, sekiranya Azwan - atau juga dikenali dengan gelaran Diva AA - enggan menuruti tuntutan tersebut, pihaknya bakal memulakan proses undang-undang.

"Bukan sekali tapi berkali-kali dia muat naik perkara sama hingga akhirnya saya fikir kena ambil tindakan.

"Saya dah sampai naik darah tinggi. Ni ancaman mental yang boleh cetus wabak," katanya menyindir.
Iklan



Menambah kekecewaannya apabila kematian dua anak lelakinya, Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan Edrie Zikrie, 10, dalam tragedi kebakaran tujuh tahun lalu juga didakwanya dipersenda Azwan.

"Saya nak cuba lupakan peristiwa ni tapi dia hina arwah yang tak ada kaitan pun dalam industri.

"Siapa jadi ibu yang pernah kehilangan akan tahu betapa azab dan sakitnya apabila anak dihina mati rentung sedangkan bukan begitu cara kematian mereka.

"Ni memang satu kebiadaban yang tak boleh diterima," katanya.

Kena cuci balik


Vida ditemui pada sidang media khas di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, anak Vida, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau Cik B dan pelakon serta penyanyi, Roslan Shah.


Baru-baru ini Azwan menerusi akaun Twitternya memuat naik rakaman video dikatakan mempersenda cara kematian dua orang anak Vida selain membakar minyak wangi pemberian usahawan terbabit.

Tindakan Azwan itu disebabkan dia tidak berpuas hati soal bayaran selepas membuat kemunculan di sebuah acara dianjurkan Vida di Shah Alam dan Johor Bahru, baru-baru ini.

Menjelaskan perkara tersebut, Vida berkata, Azwan sebenarnya tidak diundang sebagai artis jemputan dan hadir hanya atas kapasiti peribadi saja.






"Azwan datang di karnival di Shah Alam sebab nak buat kandungan saluran YouTube miliknya dan setuju tidak kenakan sebarang bayaran.

"Di Johor Bahru, dia datang kerana nak jadi vendor dan saya berikan gerai bernilai RM2,800 dan dia berkeras nak naik pentas untuk memeriahkan acara.

"Pekerja saya maklumkan, jika naik pentas tetap tiada bayaran diberikan kerana slot sudah penuh, dan dia bersetuju," katanya.

Pada masa sama, Vida berkata, dia enggan berdiam diri dengan perbuatan Azwan kerana beranggapan dirinya mempunyai reputasi yang perlu dijaga.

"Saya ni ada gelaran Datuk Seri, mana boleh dipermainkan, dipijak-pijak begitu.

"Dia kena cuci balik hinaan pasal produk saya yang dicap bodoh. Kembalikan reputasi imej perniagaan saya dan anak, Cik B yang tercemar dengan tindakan itu," katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Vida, Adnan Seman, berkata tindakan mahkamah akan diteruskan terhadap Azwan sekiranya bekas pengacara Muzik Muzik era akhir 1980-an hingga lewat 1990-an itu tidak menurunkan video yang dibuat naik sebelum ini dalam tempoh diberikan.

"Azwan juga perlu melakukan permohonan maaf serta beraku janji secara terbuka untuk tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai anak guam saya serta apa yang dikatakannya dalam video tersebut adalah tidak benar.

"Saya menasihati anak guam agar tindakan sebegini perlu dilakukan sebagai proses mendidik masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk mengutuk dan mengunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana individu," katanya.

Azwan dijangka akan mengadakan sidang media berhubung dakwaan Vida di sebuah hotel di Putrajaya esok.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED