Translate

02 February 2020

Dalam Instagramnya Menteri Syed Saddiq jelaskan dia terpaksa lompat pagar untuk selamat diri, selepas diserang lebih 200 individu berlagak gengster

Image result for syed saddiq


Syed Saddiq terpaksa lompat pagar selamat diri, dakwa diserang lebih 200 individu berlagak gengster

Sabtu, 1 Februari 2020 12:18 PM

MStar

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM




Majlis dihadiri Syed Saddiq dicemari insiden tidak diingini pada Jumaat malam.

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya dan beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terpaksa melarikan diri selepas diserang sekumpulan individu ketika menghadiri satu perjumpaan di Ulu Tiram, Johor pada Jumaat malam.

Perkara itu dijelaskan Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM dalam satu kenyataan di Instagramnya.

Menurutnya lagi, perjumpaannya bersama ahli Armada dan Srikandi PPBM turut dicemari dengan laungan kata-kata kesat daripada kira-kira 200 individu berlagak seperti gengster.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia rakam muka dekat dengan kamera, bantahan Syed Saddiq dapat perhatian... perdana menteri setuju tangguh pekeliling baharu!



"Malam ini diganggu sekumpulan individu (sekitar lebih 200 orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gengster dan tidak hormat orang.

“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini. Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita dalam majlis," katanya.

Jelas Syed Saddiq lagi dia tidak tahu menahu mengenai punca sekumpulan individu itu menimbulkan kekecohan dalam majlis yang dihadirinya itu.



Syed Saddiq memuatnaik satu kenyataan di Instagramnya berhubung insiden itu Jumaat malam.

"Apa yang berlaku saya pun tidak tahu. Yang saya tahu ini biadab dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Malah Syed Saddiq berkata, tindakan itu memaksanya dan pimpinan lain keluar melalui jalan belakang kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka.

"Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 individu lagak seperti gengster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.

“Terima kasih Armada Johor, terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tidak akan maafkan kumpulan yang biadab ini,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar itu turut mengingatkan mereka yang bertanggungjawab dalam insiden itu bahawa negara mempunyai undang-undang dan tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada perlembagaan.

"Saya ingin ingatkan mereka yang disebalik tabir. Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah.

"Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain. Ini Malaysia. Malaysia milik semua," katanya.

Syed Saddiq menerusi satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat berhubung insiden itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED