Translate

01 February 2020

Anggota Polis Trafik Melompat Ke Dalam Parit Untuk Selamatkan Asik Beradik Dalam Kereta MYVI yang terbabas, seorang meninggal dunia









Seorang wanita maut dipercayai akibat lemas selepas kereta dinaikinya terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah parit di Kilometer 7 Jalan Bukit Pasir Tongkang Pechah, dekat Bindu, Batu Pahat. - Foto ihsan Bomba

Wanita maut: kereta terbabas, terbalik dalam parit



Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my
KONGSI ARTIKELShare Tweet

BERITA HARIAN




BATU PAHAT: Seorang wanita maut dipercayai akibat lemas selepas kereta dinaikinya terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah parit di Kilometer 7 Jalan Bukit Pasir Tongkang Pechah, dekat Bindu, di sini, petang tadi.



Dalam kejadian kira-kira jam 4.23, mangsa berusia 30-an itu terperangkap di dalam kereta Perodua Myvi, sebelum dikeluarkan anggota polis trafik di lokasi kejadian manakala seorang lagi dipercayai anggota keluarganya berjaya diselamatkan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dalam satu kenyataan di sini, berkata tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan.

Komander Operasinya, Ishak Ibrahim, berkata mangsa yang dipercayai adik-beradik dari arah Tongkang Pechah menghala ke bandar Batu Pahat sebelum kemalangan itu berlaku.

“Terdapat seorang mangsa perempuan dewasa berusia anggaran 30-an disahkan meninggal dunia.

“Manakala seorang lagi anggota keluarganya berjaya diselamatkan,” katanya.

Terdahulu video anggota polis trafik berusaha mengeluarkan mangsa terperangkap tular di media sosial sejak petang tadi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED