Translate

03 February 2020

AGENSI yang membawa ahli perniagaan kontroversi Nur Sajat mendakwa ahli perniagaan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar




Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

MyMetro



NUR Sajat (tengah berdiri) ketika melakukan umrah di Tanah Suci. FOTO Instagram

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my





AGENSI yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendakwa ahli perniagaan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Nur Sajat memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa.


Menurutnya, apabila tiba di tanah suci Makkah, dia sebaliknya memberitahu kepada mutawiff di sana dirinya seorang khunsa.


“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.

“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.

“Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.

“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap itu menjelaskan Nur Sajat masih berada di Tanah Suci kerana sebelum ini, dia sudah menziarah Madinah dan hari ini mutawiff membawanya bersama rombongan ziarah di Makkah.

“Kami ada menyemak tiket penerbangan kemungkinan diaada membeli tiket lain untuk pulang, namun setakat ini belum ada.

“Kami juga sudah bertemu wakil Wisma Putra dan setakat ini menafikan Sajat ditahan pihak berkuasa di sana,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED