Translate

10 November 2019

Polis memburu pemandu sebuah Audi putih yang menghalang seorang wanita sambil menunjukkan tanda lucah,




Tunggulah polis 'jemput' kau!

MyMetro


VIDEO yang tular di media sosial.


Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my





POLIS Seri Alam memburu pemandu sebuah Audi putih yang menghalang seorang wanita sambil menunjukkan tanda lucah, selain merakam gambar mangsa dalam kejadian yang ditularkan di Facebook (FB), hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan, jam 9.41 pagi di Balai Polis Johor Jaya, Jumaat lalu.


“Bertindak atas laporan itu, kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.


“Kami kini cuba mengesan dan menahan suspek. Berdasarkan keterangan saksi dan video yang tular itu, kami sudah mengenal pasti pemilik kereta namun belum menemuinya.

“Berikutan itu, orang ramai yang mengenali atau tahu di mana suspek berada di minta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam video yang tular berdurasi empat minit 28 saat itu, kelihatan seorang pemandu wanita melalui Giant Plentong sebelum tiba-tiba dipintas sebuah Audi putih yang kemudiannya memberhentikan kereta berkenaan.

Seorang lelaki kemudiannya keluar dari Audi itu dipercayai berhampiran Shell Plentong sambil berkata ‘Bengong, tau bawa kereta tak tau...’ menyebabkan wanita berkenaan turut membalas dengan mengatakan hanya memandu di dalam lorongnya.

Lelaki berkenaan kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 8:43 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED