WEDDING & EVENTS VENUE -GARDEN PALACE @ D'SAJI TITIWANGSA

HITZ FM LIVE

Sunday, 10 November 2019

Penyanyi / pelakon Aliff Aziz ditahan polis di Singapura kerana didakwa menganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk




Aliff Aziz ditahan polis lagi...

MyMetro











RAKAMAN video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis di kawasan Orchard Road.



Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my





PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz ditahan polis di Singapura kerana didakwa menganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk.

Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas penyanyi itu didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi tadi di kawasan Orchard Road.


“Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan.


“Dia kemudian ditangkap di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.

“Menurut polis lagi, Aliff juga bergelut dengan pegawai bertugas ketika mereka cuba menggari tangannya. Bagaimanapun siasatan polis masih dijalankan,” lapor portal terbabit.

Petang tadi, dua video yang menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis di kawasan Orchard Road tular di media sosial.

Menerusi video terbabit, Aliff dikatakan cuba menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

Bekas suami penyanyi Bella Astillah itu menjerit-jerit memberitahu bapanya menerusi telefon bahawa ada orang sedang memukulnya.

Kemudian, dua kereta polis tiba di lokasi kejadian dan tiga lagi pegawai polis bergegas membantu dua pegawai di tempat kejadian yang masih cuba menggari Aliff.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi ibu Aliff, Siti Hafiza Sheikh Mohamad serta Bella tidak berjaya apabila kedua-duanya tidak membalas dan menjawab telefon.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 10:41 PM

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, New Straits Times, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysian Gazette, Berita Harian Online, Kosmo, Sinar Harian and Yahoo are shared in this blog bestfbkl.blogspot.com to keep the blog community better informed.

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

MALAYSIA STATISTICS 2018

MALAYSIA STATISTICS 2018