Translate

30 October 2019

TIADA sebarang bukti serangan siber menjadi punca kegagalan rangkaian Total Airport Management Systems (TAMS) di KLIA)




Tiada bukti kaitkan serangan siber

MyMetro


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke. FOTO Syarafiq Abd Samad


BERNAMA



TIADA sebarang bukti setakat ini yang boleh mengaitkan serangan siber menjadi punca kegagalan rangkaian Total Airport Management Systems (TAMS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Peringkat Kementerian bagi menyiasat insiden itu mendapati, ia disebabkan oleh kegagalan Rangkaian Suis Teras untuk berfungsi dan ketidakupayaan bagi memisahkan rangkaian suis teras itu.

Suis teras itu digunakan sejak KLIA mula beroperasi pada 1998 dan tidak diganti.


“Suis teras adalah suis utama yang menghubungkan semua rangkaian sistem di KLIA. Bagaimanapun, polis juga menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur khianat atau sabotaj.


“Setakat ini, polis belum mendakwa mana-mana individu berkenaan kes gangguan yang berlaku Ogos lalu. Itu maksudnya belum ada sesiapa yang dibabitkan (implicate) dalam kes ini,” katanya pada sesi jawab lisan, persidangan Dewan Rakyat semalam.

ADVERTISING


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Latiff Ahmad (PH-Mersing) mengenai status siasatan pihak polis dalam gangguan rangkaian operasi di KLIA.

“Pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) masih menyiasat jumlah kerugian yang ditanggung ekoran kejadian itu termasuk kerugian yang didakwa oleh syarikat-syarikat penerbangan,” katanya.

Loke berkata, pihaknya akan memantau pelaksanaan langkah yang dicadangkan jawatankuasa berkenaan bagi mencegah insiden sama berulang pada masa hadapan.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 5:15 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alexandria viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Onana howlers give Lyon a draw with Man United as ' 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 5 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 6 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 6 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 6 mins ago
A visitor from Miami viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 7 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 7 mins ago