Translate

24 October 2019

Kuala Lumpur menyerbu tiga premis hiburan di Jalan Kuchai Lama,





19 Oct 2019
Jabatan Siasatan Jenayah atau JSJ Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu tiga premis hiburan di Jalan Kuchai Lama, tengah malam tadi. Dalam serbuan yang dijalankan serentak menerusi operasi khas, Ops Noda itu, 64 gadis warga asing ditahan. Operasi diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad bermula kira-kira jam 12.30 malam, ketika sebahagian besar gadis terbabit sedang leka berhibur dan melayan pelanggan masing-masing. Turut serta dalam serbuan, lapan pegawai dan 40 anggota JSJ IPK Kuala Lumpur. Siasatan awal mendapati sebahagian besar gadis warga asing terbabit dipercayai memasuki negara ini sebagai sebagai pelancong dengan menggunakan pas lawatan sosial. Seramai lebih 200 pengunjung ketiga-tiga premis berkenaan turut diperiksa bagi mengesan sebarang elemen kongsi gelap. Turut ditemui di salah satu premis terbabit, bahagian tingkat atas yang menempatkan beberapa bilik lengkap dengan bilik air dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Brickfields berhampiran untuk tindakan selanjutnya dan disiasat mengikut Akta Imigresen. Operasi adalah antara komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang kegiatan maksiat dan jenayah, termasuk pelacuran serta penyalahgunaan dadah di premis hiburan di seluruh negara. #MKLCRIMEDESK #OPSNODA #PDRM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bengkulu viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Tiga kementerian pacu projek jambatan baharu Malay' 35 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 41 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 42 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 1 hr 38 mins ago
A visitor from San jose viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 1 hr 38 mins ago