Translate

04 September 2019

Polis Selangor Serbu Club Tawar Pakej Kalungan GRO



MKL Crimedesk
Published on 1 Sep 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Menyajikan pakej hiburan tambahan kepada pelanggan melalui tarian oleh gadis pelayan pelanggan (GRO) yang memakai kalungan bunga 'berbayar'.

Itu tarikan yang disajikan sebuah pusat hiburan di Jalan Persiaran Puteri 1, Puchong diserbu sepasukan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap ( D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam tadi.

Ketika serbuan menerusi Op Noda dijalankan kira-kira jam 11 malam, kira-kira 55 pelanggan sedang asyik berhibur sambil dilayan oleh gadis-gadis GRO warga asing yang digaji premis hiburan terbabit.

Serbuan yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor bersama lima pegawai dan 20 anggota adalah kali keempat dijalankan ke atas premis berkenaan tahun ini.

Hasilnya,18 gadis GRO warga asing terdiri daripada 13 warga Vietnam dan lima Thailand ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja secara haram di negara ini.

Turut ditahan empat lelaki terdiri daripada tiga warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pelayan.

Seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pengurus premis juga ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, pelanggan perlu membayar kalungan berharga antara RM30 hingga RM50 sekiranya mahu mendapatkan 'hiburan tambahan' daripada gadis GRO yang dipilih untuk tempoh masa antara 15 hingga 30 minit.

Kalungan bunga itu akan dikalungkan ke gadis GRO berkenaan dan gadis itu akan melayan serta menari untuk pelanggan yang membayarnya.

Bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan gadis GRO turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan namun perkara itu masih dalam siasatan.

Pemeriksaan mendapati premis yang baru beroperasi awal tahun ini, mempunyai lesen sah namun sudah tiga kali diserbu sebelum ini atas kesalahan sama.

Sejumlah wang tunai dipercayai hasil perniagaan berjumlah RM2,036 serta sejumlah kalungan bunga dirampas.

Kesemua 23 orang berusia 20 hingga 30 tahun ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salahguna pas lawatan sosial.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED