Translate

30 July 2019

Najib tak hadir pertabalan di sebalik kekeliruan tempat duduk


Najib tak hadir pertabalan di sebalik kekeliruan tempat duduk
FMT Reporters
-July 30, 2019 4:51 PM

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di istiadat pertabalan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pegawai Najib Razak mengesahkan beliau tidak menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini, selepas tular dakwaan mengatakan tempat duduknya diubah dari barisan tetamu kehormat ke barisan belakang.

Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahim Hilmi Zakariya hari ini mendakwa pihak protokol Istana pada awalnya menetapkan Najib, selaku bekas perdana menteri, duduk di tempat duduk ke-10 barisan depan bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di tempat duduk ke-6.

Beliau seterusnya mendakwa tempat Najib diubah ke barisan belakang, sebagai Orang Besar Pahang.

“Cubaan mengubah kedudukan orang kenamaan ketika program istiadat pertabalan hanya kerana si A tak mahu tengok muka si B menunjukkan rasa tidak hormat dan sombong,” katanya.




“Pakaian Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri mana sama. Setiap jawatan ada protokolnya,” tambahnya.

Seorang pegawai Najib ketika dihubungi FMT mengesahkan tempat duduk Najib diubah, dan bekas perdana menteri itu tidak menghadiri majlis itu.

“Najib tidak hadir selepas mengetahui perkara itu,” katanya yang sudah berada di istana ketika itu. “Tunggu maklum balas daripada Najib.”

Sementara itu, seorang pegawai Pejabat Perdana Menteri menepis catatan FB itu sebagai “tidak sahih”.

Beliau menjelaskan PMO tidak terlibat dalam susunan tempat duduk di majlis itu.

“Semua bahagian istiadat dan protokol,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 5 hrs 39 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 6 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 6 hrs 55 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 7 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 8 hrs 7 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 8 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 51 mins ago