Translate

03 June 2019

KETUA POLIS MEMBERI AMARAN KEPADA POLIS YANG TERBABIT DALAM PENGUMPULAN DANA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI


IGP: Ada pegawai polis kerah anak buah kumpul 'dana raya'

News | Diterbitkan Hari ini 3:21 petang | Dikemaskini Hari ini 3:21 petang
MALAYSIAKINI
Add caption


A+ A-


Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengulangi amaran keras kepada pegawai atasan polis di seluruh negara agar tidak mengumpul dana bagi membiayai majlis sambutan hari raya Aidilfitri.

"Walaupun saya telah memberi amaran yang keras dan jelas, namun masih terkesan pegawai atasan, termasuk Ketua Polis Daerah (KPD) yang mengerah anak-anak buah untuk mengumpul dana dengan cara yang hina, kononnya untuk membiayai majlis sambutan perayaan.

"Lebih menjengkelkan, ada yang mendakwa bahawa kutipan berkenaan adalah untuk dipanjangkan kepada golongan asnaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hamid menegaskan tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana pegawai polis yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

"Saya sekali kali mengulangi amaran saya supaya perbuatan keji dan terkutuk seumpamanya ini, dihentikan serta merta sebelum padah menimpa diri dan tindakan keras di ambil ke atas mereka yang terbabit.


"Jangan gadai maruah diri serta pasukan dan tidak segan silu bergelumang dengan najis rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

Ini bukan kali pertama Abdul Hamid memberikan amaran seumpama itu kepada pegawai dan anggota polis.

Bulan lalu, Abdul Hamid memberi kata dua kepada anak-anak buahnya untuk menghentikan sebarang hubungan dengan tauke sindiket perjudian sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Katanya pasukan polis tidak akan bersubahat atau melindungi mereka yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.

“Nasihat saya, hentikan segera connection (hubungan) dengan sindiket judi dan maksiat kerana saya tidak akan bertolak ansur dan akan berusaha hapuskan gejala rasuah dalam pasukan.

“Selagi mereka (anggota polis) belum memakai baju jingga (baju lokap) dan digari tangan, ia masih belum terlambat,” katanya

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED