Translate

13 June 2019

Azmin’s aide admits meeting Haziq before sex video confession




Hilman Idham, setiausaha politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, hari ini mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama menteri itu.

"Betul," kata Hilman kepada pemberita di Putrajaya ketika disoal mengenai dakwaan Haziq bahawa mereka berjumpa di sebuah restoran di Marriot Putrajaya, sebelum video pengakuan bersumpah dikeluarkan semalam.

Bagaimanapun, Hilman enggan mengulas apabila ditanya mengenai dakwaan Haziq bahawa beliau memintanya untuk menafikan bahawa Azmin terbabit dalam video tersebut.

“Tak apa, saya dah serahkan semua kepada pihak polis. Kita biar polis siasat,” katanya.

Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) diminta mengulas dakwaan Haziq di Facebook hari ini yang mendakwa Azmin mengarahkan mereka berjumpa di sebuah restoran di Putrajaya.

Hilman sebelum itu membuat laporan qazaf berkaitan isu penyebaran video lucah itu di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Putrajaya dan juga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Katanya, PKR akan memberi kerjasama sewajarnya kepada polis dan JAWI atas segala siasatan yang dilakukan.

Azmin, semalam menafikan bahawa dirinya terbabit dalam video lucah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menolak video berkenaan sebagai palsu, dan mendakwa bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.

Semalam, Haziq yang mendakwa terlibat sama dalam video terbabit tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi atas ranjang bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Haziq turut mengulangi tuduhannya hari ini dan mendakwa ini bukan kali pertama mereka bersama.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 25 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 6 hrs 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 29 mins ago