S
Hari Gawai: "Maaf lambat sikit ucap... saya sibuk" - Tun Mahathir
Mariah Ahmad, Astro Awani | Mei 31, 2018 22:56 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik video berdurasi 1 minit 15 saat di Twitter
pada pagi Khamis - Foto Twitter / @chedetofficial
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada mereka yang meraikan Hari Gawai dan Hari Keamatan kerana terlambat untuk mengucap selamat bagi mereka yang menyambut perayaan itu.
“Maaf kerana terlewat menyampaikan ucapan ini kerana saya terlalu sibuk dan tidak tahu banyak urusan-urusan yang perlu dibuat perdana menteri.
“Antaranya dengan mengucap selamat Hari Gawai dan Keamatan.
“Saya harap saya dimaafkan dan berharap sambutan ini berjalan dengan baik dan
semua dapat bersuka ria pada hari ini,” kata Tun M dalam satu video menerusi catatan tweetnya hari ini.
Susulan tweet Tun Dr Mahathir, ramai warga media sosial memberi reaksi kepada video
berkenaan dan meluahkan mereka memahami kesibukan beliau sebagai seorang perdana
menteri.
Tidak kurang juga mengharapkan Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik
Tidak kurang juga mengharapkan Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik
dalam mentadbir negara ini.
Ada juga yang meninggalkan beberapa gambar berformat GIF sebagai memberi reaksi
Ada juga yang meninggalkan beberapa gambar berformat GIF sebagai memberi reaksi
kepada ucapan Tun Dr Mahathir itu.
Hari Gawai Dayak, satu perayaan yang disambut oleh masyarakat Dayak Sarawak bagi
Hari Gawai Dayak, satu perayaan yang disambut oleh masyarakat Dayak Sarawak bagi
menandakan tamatnya musim menuai dan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.
Ia juga diraikan sebagai tanda kesyukuran kepada 'Petara' atau Tuhan di atas limpahan rezeki
Ia juga diraikan sebagai tanda kesyukuran kepada 'Petara' atau Tuhan di atas limpahan rezeki
hasil tuaian dan juga memastikan semangat padi yang berterusan bagi hasilan yang lebih baik
pada masa depan.