Translate

01 June 2018

Hosiani James Jaimis yang mewakili daerah Inanam dinobatkan sebagai ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2018


Hosiani dinobat Ratu Unduk Ngadau 2018

Fifi Harteeny Marzuki, Astro Awani | Mei 31, 2018 22:15 MYT


Hosiani berusia 25 tahun berjaya mengalahkan 45 peserta Unduk Ngadau dan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM86,050.

PENAMPANG: Kemuncak Pertandingan Unduk Ngadau berakhir apabila Hosiani James Jaimis yang mewakili daerah Inanam dinobatkan sebagai ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2018 di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), hari ini.

Hosiani berusia 25 tahun berjaya mengalahkan 45 peserta Unduk Ngadau dan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM86,050.

Hosiani atau lebih mesra sebagai Keewon dimahkotakan oleh juara Unduk Ngadau 2017 Kerinah Mah dan turut menyampaikan hadiah isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau iaitu Datin Seri Dr Jaina Sintian sambil disaksikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Negeri 2018.

Tempat kedua pula disandang oleh peserta Unduk Ngadau, Sherrylyn Jane Rannytho yang mewakili daerah Penampang dan membawa pulang hadiah bernilai RM22,900.

Manakala tempat ketiga disandang oleh peserta Vanessa Audrey Gilbert yang mewakili daerah Putatan sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM14,500.



Hosiani (tengah) bergambar bersama peserta lain selepas dinobatkan pemenang Ratu Unduk Ngadau 2018.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED