Translate

13 June 2018

DBKL mengarahkan operasi Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (GN1M) seliaan Datuk Seri Jamal Yunos dihentikan.






DBKL arah restoran ‘makan percuma 3 tahun’ Jamal ditutup

FMT Reporters | June 13, 2018



Arahan mengosongkan premis di Jalan Pahang Kuala Lumpur itu perlu dibuat sebelum 18 Jun ini.



GN1M berkata ramai akan terkesan dengan penutupan restoran makanan dan minuman percuma itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa semalam mengeluarkan notis mengarahkan operasi Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (GN1M) seliaan Datuk Seri Jamal Yunos dihentikan.

Menerusi surat yang dimuat naik di Facebook GN1M, arahan mengosongkan premis di Jalan Pahang, Kuala Lumpur itu perlu dibuat sebelum 18 Jun ini.

“Pihak tuan didapati melakukan kesalahan dibawah seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara dengan menduduki tanah kerajaan di Jalan Pahang Kuala Lumpur tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa negeri,” menurut kandungan surat tersebut.





Notis pengosongan itu dipercayaai dikeluarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui bahagian Pentadbiran Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Oktober tahun lalu, ketika era pentadbitan Barisan Nasional (BN), Jamal secara rasmi membuka restoran itu untuk memberi makanan dan minuman percuma kepada 1,000 warga kota selama 3 tahun.

Waktu operasi restoran yang terletak bersebelahan McDonalds itu dibuka mulai 11.00 pagi hingga 3.00 petang dengan kos perbelanjaan RM5000 setiap hari.

Wakil GN1M menerusi kenyataan di Facebook bagaimanapun menafikan pemberian makanan percuma itu berkait rapat dengan agenda politik.

“Pihak restoran tidak pernah mempolitikkan kewujudan restoran ini, sesiapa sahaja bolah datang untuk menikmati juadah yang disediakan tanpa mengira ideologi politik.

“Tempoh yang diberikan sangat singkat dan bertembung dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat ini, ramai akan terkesan dengan penutupan restoran ini,” kata GN1M.

Sementara itu, seorang sumber berkata premis tersebut diurus oleh Jamal dan kadar sewa dibayar dengan baik.

“Dulu tapak premis itu Jamal buka kedai makan untuk berniaga, kemudian beliau sewakan kepada individu untuk berniaga makanan Arab tapi gagal dan Jamal ambil balik tahun lepas dan buka untuk beri makanan percuma.

“Lesen operasi sementara turut dikeluarkan pihak DBKL sebelum ini” katanya kepada FMT.

FMT dalam cubaan mendapat Jamal bagi penjelasan lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED