TMJ dapat hadiah Aston Martin
05 Februari 2018 2:41 PM
Kereta Aston Martin yang diterima TMJ.
KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima hadiah istimewa berupa kereta mewah sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang kembali Piala Sumbangsih pada Sabtu lalu.
Kereta jenama Aston Martin yang dianggarkan lebih RM800,000 itu dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail sebagai penghargaan dalam menjuarai piala ke-10 pasukan itu.
Warna merah biru dipilih menjadi konsep kereta tersebut yang melambangkan bendera Johor.
Kenyataan mengenai hadiah itu dimuat naik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada petang Ahad lalu. - K! ONLINE