Translate

13 September 2016

Lembu korban besar jenis Charolais berasal dari France seberat 1 tan matrik bakal dikorbankan pada pagi hari raya kedua Aidiladha.


Lembu Dengan Berat 1000 Kilogram, Bakal Dikorbankan



Lembu jenis Charolais
TERENGGANU, 12 Sept: Lembu korban besar jenis Charolais berasal dari France seberat 1 tan matrik bakal dikorbankan pada pagi hari raya kedua Aidiladha.

Menurut Pengerusi Badan Ukhwah Darul Iman (Budi Losong), Zulfadzli Hassan, lembu jenis Charolais itu dibelinya daripada seorang penternak di Telemong, Hulu Terengganu sebulan lalu, dan menjadi perhatian orang ramai kerana saiznya tiga kali ganda dari lembu tempatan.

Sekarang sukar hendak mencari lembu sebesar ini pada umur sebegini, dan dijangka memperoleh daging mencecah 400 kilogram untuk diagih-agihkan kepada orang ramai, kata Zulfadzli, tulis Terengganu Times.

"Orang ramai boleh hadir menyaksikan sembelihan di samping mendapatkan daging-daging agihan dan beramah mesra dengan penduduk kampung menerusi jamuan ringan yang disediakan," tambah Zulfadzli.

“Apa yang lebih mustahak, kita mahu masyarakat melihat pengurusan korban mengikut syarak yang kita laksanakan. Sebagai badan NGO Islam, ini merupakan dakwah kita kepada ummah,” katanya.

Ini merupakan kali kedua BUDI Losong berjaya mendapatkan lembu baka terbaik selepas yang pertama kira-kira lima tahun lalu, sepanjang 10 tahun terlibat dalam ibadah korban.


Sumber: Terengganu Times

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Perth viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 37 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 44 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Trump hails taking back of Panama Canal, Hong Kong' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'Viral Chili Sauce issue- McDonald's Malaysia files' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Curitiba viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Selangor viewed '"Ini penyakit marah, bukan fakta e' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'RUNTUHAN BANGUNAN DA' 4 hrs 44 mins ago