Translate

25 September 2016

Netizen Label Pemilik Kosmetik Satin skinz "syok sendiri"


Pemilik Produk Kosmetik Dilabel "Syok Sendiri" Sebab Nak Beli Panggung Wayang, Oleh Netizen





Kecoh di laman media sosial Instagram baru-baru ini selepas satu keratan gambar yang merakamkan kenyataan dari seorang pemilik produk kosmetik yang berkata ingin membeli sebuah panggung wayang dan sekiranya harapan itu menjadi kenyataan, dia akan belanja kesemua pengikut Instagramnya menonton wayang percuma setiap bulan.

Keratan gambar Instagram oleh pemilik Satin Skinz itu seterusnya menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah angan-angan besar yang dipasang oleh pemilik Satin Skinz ini untuk membeli sebuah panggung terkemuka dan hasratnya untuk belanja pengikutnya di Instagram untuk menonton filem sebulan sekali.


Keratan gambar dari Instagram Satin Skinz.
Kebanyakan komen dari netizen menyifatkan angan-angan pemilik Satin Skinz itu sekadar kosong bagi jenama yang 'baru nak up' dan ada juga yang menyifatkan angan-angan itu sebagai satu perkara positif.



Namun, setakat ini pemilik Satin Skinz masih belum lagi membuat sebarang kenyataan balas di laman Instagramnya.

Satin Skinz merupakan jenama yang diasaskan oleh sepasang suami isteri (Iskandar dan Mimi) sejak 2014 dan mempunyai beberapa rangkaian produk kecantikan seperti supplement, skincar, jamu dan banyak lagi.

Bagi kami, tidak salah untuk memasang angan-angan besar, malah segala kejayaan di dunia ini bermula dengan angan-angan.

Tetapi macam biasa, setiap perkara mesti ada yang membangkang dan ada juga yang menyokong. Itu boleh dikatakan adat lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan.


Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Yekaterinburg viewed 'KL Anarki | 23 November | BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Ma' 13 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 14 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MIDA perkenal Pas Pelabur untuk galak pelaburan as' 31 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan tegas, s' 33 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 34 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tindakan tegas, s' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 35 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 36 mins ago