Translate

20 January 2016

Selain usaha memburu dalang disebalik serangan bom Jakarta, tumpuan beralih kepada salah seorang anggota polis

Serangan Jakarta: Polis 'Ganteng' Curi Tumpuan

KUALA LUMPUR: Insiden serangan pengganas di sekitar pusat membeli-belah Sarinah, Jalan MH Thamdrin, Jakarta, Indonesia pada Khamis lalu nyata mendapat perhatian seluruh masyarakat.
Dalam kejadian serangan bom dan senjata api itu, 7 mati termasuk 5 daripadanya adalah suspek pengganas manakala lebih dari 20 orang termasuk 5 anggota polis yang dilaporkan parah.
Meskipun, serangan tersebut mengejutkan ramai pihak khususnya rakyat Indonesia, namun masyarakat negara itu ternyata tidak takut apabila hashtag #KamiTidakTakut mula menjadi trending di lama sosial.
Lebih menarik, selain tumpuan terhadap usaha Republik itu memburu dalang disebalik serangan berkenaan, tumpuan masyarakat kini juga beralih kepada salah seorang anggota polis yang turut bertugas pada hari kejadian.
Ini kerana, rata-rata pengguna media sosial khususnya dalam kalangan wanita mula ‘jatuh cinta’ dengan anggota polis terbabit yang dikatakan memiliki wajah yang tampan, selain berbadan tegak.
Menerusi hashtag #kaminaksir (kami minat), gambar pegawai polis ‘ganteng’ itu yang dilihat memakai cermin mata dan berambut kemas mula tersebar di media sosial.
Pada mula, pengguna media sosial menyangka pegawai terbabit ialah Rino Soedarjo, bagaimanapun identiti sebenar pegawai tersebut akhirnya terbongkar.
Beliau ialah Teuku Arsya Khadafi dan memegang jawatan Ketua Unit 3 Subdit Resmob Direktorat Reserse Kriminal Umum (Ditreskrimum).
Meskipun, identiti polis kegilaan ramai itu terbongkar, namun ia mungkin memberi rasa sedih kepada golongan wanita kerana Teuku Arsya dilaporkan sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

- Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED