Translate

15 January 2016

PENJELASAN KEMALANGAN MELIBATKAN LORI HANTU YANG TERBABAS DAN MENGAKIBATKAN 2 PELAJAR SEKOLAH MAUT



PENJELASAN KEJADIAN KEMALANGAN MELIBATKAN LORI HANTU YANG TERBABAS DAN MENGAKIBATKAN DUA PELAJAR SEKOLAH MAUT DI BANDAR DAMAI PERDANA, KAJANG.
1. Polis Daerah Kajang dengan ini mengesahkan telah menerima sebanyak 32 laporan polis berkaitan kemalangan yang berlaku telah berlaku pada 14/01/2016 jam lebih kurang 12.50 tengahari di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Kajang yang mana sebuah lori tanah terbabas telah merempuh beberapa buah kenderaan dan orang...
See More

PENJELASAN KEJADIAN KEMALANGAN MELIBATKAN LORI HANTU YANG TERBABAS DAN MENGAKIBATKAN DUA PELAJAR SEKOLAH MAUT DI BANDAR DAMAI PERDANA, KAJANG.

1. Polis Daerah Kajang dengan ini mengesahkan telah menerima sebanyak 32 laporan polis berkaitan kemalangan yang berlaku telah berlaku pada 14/01/2016 jam lebih kurang 12.50 tengahari di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Kajang yang mana sebuah lori tanah terbabas telah merempuh beberapa buah kenderaan dan orang awam yang berada di tepi jalan di saat pelajar ingin pulang dan orang awam ingin menjemput anak sekolah. Siasatan pihak polis mendapati bahawa kemalangan itu berpunca apabila sebuah lori hantu telah hilang kawalan semasa menuruni bukit dan bergerak melanggar deretan kenderaan yang parkir berdekatan dengan sekolah.
2. Kejadian berlaku ketika pemandu sebuah lori jenis Nissan, seorang lelaki warganegara Indonesia, telah parkir di bahu jalan sebelah kiri jalan, dalam keadaan kepala lorinya ke bawah menuruni bukit untuk tujuan singgah berhenti makan tengahari. Selepas beberapa minit meninggalkan lori itu, secara tiba-tiba lori itu telah dicuri oleh seseorang yang tidak dikenali dan pencuri itu disyaki memandu lori tersebut sejauh 1 KM dari tempat lori itu berhenti ke pintu 'gate' utama untuk keluar dari kawasan pembinaan. Namun, Lori tersebut gagal dikawal oleh pencuri itu lalu telah melanggar 40 buah kenderaan termasuklah dua buah sebuah motokar jenis Proton Wira dan Toyota Avanza, sebuah van jenis Toyota Hiace serta 36 buah motosikal yang diparkir di hadapan sekolah menengah itu.
3. Siasatan pihak polis mengesahkan bahawa kemalangan itu telah mengakibatkan maut terhadap (2) orang gadis Cina yang juga merupakan pelajar tingkatan Dua Sekolah Menengah Damai Perdana itu, yang pada ketika itu sedang menunggu untuk sesi petang persekolahan.
4. Selain itu, kemalangan itu juga telah mengakibatkan kecederaan terhadap 7 orang mangsa yang lain termasuklah seorang penjaja perempuan yang sedang berniaga di hadapan SMK Damai Perdana telah mengalami kecederaan melecur di badan akibat terkena minyak panas, begitu juga seorang pemandu motokar jenis wira mengalami kecederaan patah tangan serta 5 mangsa lain, yang juga pelajar sekolah itu mengalami kecederaan ringan.
5. Sujurus selepas kemalangan itu berlaku, pelajar serta ibu bapa yang berada dan melihat kejadian cuba untuk menangkap pemandu yang ingin mencuri lori tersebut, namun gagal. Pencuri itu berjaya meloloskan diri. Sungguhpun begitu, pihak polis telah menahan pemandu lori asal itu, seorang warganegara Indonesia berusia 39 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan - perbuatan / tindakan yang menyebabkan kematian atas kecuaian. Pemandu itu ditahan reman selama 7 hari bermula 15/01/2016 sehingga 21/01/2016. Pihak polis kini masih meneruskan siasatan dan sedang giat memburu pencuri lori itu untuk siasatan selanjutnya
KETUA POLIS DAERAH KAJANG
ACP WILLEY ANAK RICHARD


Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED