Translate

25 December 2015

Seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak maut apabila dua buah kereta bertembung sebelum terbakar dalam satu kemalangan





Johor Bharu, 25 Dis - Seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak maut apabila dua buah kereta bertembung sebelum terbakar dalam satu kemalangan di jambatan Sungai Dohol, dekat Kota Tinggi, kira-kira jam 7 pagi hari ini.

Menurut laporan Bernama, kereta yang terbabit adalah dari jenis Land Rover dan Toyota Corolla.

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Jabatan dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Land Rover yang dalam perjalanan ke Mersin itu telah melanggar papan tanda jambatan Sungai Dohol sebelum terbabas ke arah bertentangan dan bertembung dengan sebauh kereta Toyota Corolla.

"Seorang wanita ditemui rentung di dalam kereta Toyota Corolla itu manakala satu keluarga dari Singapura terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantinanya ditemui rentung di dalam Land Rover terbabit," katanya.

Mohd Rizal juga berkata seorang lagi kanak-kanak yang berada di dalam Land Rover tersebut berjaya diselamatkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal kese' 56 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '251 calon tawar diri bertandin' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru dua lelaki curi BMW R1300GS | BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 1 hr 19 mins ago