Translate

25 December 2015

Kerajaan negeri Kedah meminta pemaju syarikat perumahan memperbetulkan bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib


Isu "Bumbung Salib" : Kerajaan Negeri Mahu Pemaju Betulkan Semula




ALOR SETAR, 24 Dis - Kerajaan negeri meminta agar pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi supaya memperbetulkan semula struktur bahagian bumbung rumah yang kelihatan seolah-olah seperti simbol salib supaya isu tersebut tidak berpanjangan.

Sebelum ini, gambar perumahan tersebut menjadi viral di media sosial dan mendapat kecaman ramai pihak.

Exco Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius akan perkara tersebut dan berharap agar syarikat perumahan terbabit memberi kerjasama yang sewajarnya.

“Saya minta pemaju syarikat perumahan berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.

“Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia dapat diperbetulkan semula,” katanya lapor Sinar Online.

Tambahnya juga, kerajaan akan memantau perkara itu dari masa ke masa.

Gambar kawasan perumahan berkenaan yang viral sejak 22 Disember lalu dikongsi lebih dari 2,322 pengguna Facebook lain. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 37 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 6 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 8 hrs 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 8 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 9 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 9 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 9 hrs 50 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 9 hrs 53 mins ago