Translate

31 December 2015

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 3 Depan Mata Ayah



SELAMA: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun dilaporkan meninggal dunia selaps terjatuh dari flat tingkat tiga kediaman mereka di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini, malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 malam semalam ketika mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, yang baru tiba dari bercuti bersama ibu bapanya.

Mangsa bersama ibunya dikatakan telah naik dahulu ke tingkat tiga bagunan kuarters berkenaan sementara bapanya bersama adik perempuan mangsa berumur dua tahun masih sedang berkemas barang di kereta.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, berkata ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia dan terbaring di depan matanya.

Ketika kejadian tiada saksi lain yang menyaksikan tragedi tersebut selain ibu bapa dan adik perempuan mangsa.

"Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala. 

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian," katanya. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'April 2017' 12 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 17 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Arrives i' 31 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 45 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 46 mins ago
A visitor from Maryland viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 54 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Filipino mum gets 70 years jail for human traffick' 54 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Sidang media khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng- K' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 1 hr 22 mins ago