Nizam Laksamana Tersingkir dari Gegar Vaganza 2 tapi Datuk Seri Vida Taja Ke Mekah
Semalam menyaksikan Nizam Laksamana yang membawa "Rindu Serindu-Rindunya" kurang bernasib baik apabila telah tersingkir dari pentas Gegar Vaganza 2, namun disebalik penyingkiran itu ada satu berita baik yang cukup manis yang mengejutkan beliau.
Berita baik tersebut adalah apabila pengasa Vida Beauty yang juga merupakan penaja utama program tersebut, Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menyatakan hasrat untuk menajanya ke tanah suci.
“Saya merasakan inilah kemenangan sebenar yang telah saya kecapi. Walaupun tersingkir, saya telah diberikan rezeki yang lebih baik.
“Sebaik sahaja Datuk Seri Vida memberitahu yang dia mahu menaja saya dan isteri mengerjakan umrah pada hujung tahun ini, saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah merealisasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci,” katanya dipetik laporan Astro Gempak.
Berita ini sungguh mengharukannya walaupun kelibatnya sudah berakhir di pentas Gegar Vaganza 2 ini di mana sebelum ini beliau tetap berjuang walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
“Sudah seminggu saya batuk dan demam dan tenaga saya untuk persembahan pada malam ini tidak mencapai 100 peratus, namun saya cuba berjuang dan buat sehabis baik.
“Saya juga sudah menjangkakan akan meninggalkan pentas GV2 pada malam ini dan tidak kecewa, sebaliknya menerima keputusan juri dengan hati yang terbuka,” ujarnya.
Dengan penyikiran Niza, kini tinggal lagi tujuh peserta untuk merebut gelaran juara yang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya akan berentap pada minggu ketujuh GV2 bertemakan Rock Dangdut pada minggu hadapan. - Siakapkeli.my
S