Translate

27 March 2014

Tetamu Terkejut bila Pengantin Tiba-Tiba Bersilat

Pengantin Tiba-Tiba Bersilat

Mohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi./Pic:Sinar HarianMohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi./Pic:Sinar HarianSUNGAI PETANI: Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan di Taman Keladi dekat sini kelmarin gempar apabila pengantin lelaki yang lengkap mengenakan pakaian mempelai meninggalkan kerusi tempat duduk pengantin yang telah dikhaskan.
Tindakan pengantin lelaki, Mohd Shahfizal Muhammad Shahfawi, 27, yang bekerja di sebuah syarikat industri itu turut mengejutkan pasangannya, Nor Hasliza Abd Rashid, 24, yang sedang disandingkan bersama ketika itu.
Bukan sahaja tetamu yang hairan, malah ibu bapa pengantin turut terkejut menjadikan suasana sedikit cemas dan kelam-kabut.
Bagaimanapun, tindakan Mohd Shahfizal itu dilakukan bagi membolehkannya membalas ‘panggilan’ salah seorang ahli pertubuhan silat yang sedang dalam pertunjukan ketika itu.
Dia dilihat mengambil tempat di lokasi pertunjukan silat bersama beberapa ahli pertubuhan berkenaan sebelum mempamerkan kemahiran yang dimiliki dalam seni mempertahankan diri tersebut.
Tindakannya mendapat perhatian pengunjung yang kemudian mengerumuni tempat pertunjukan bagi menyaksikan dengan lebih dekat.
Menurut Shahfizal yang juga Jurulatih Silat Lincah Malaysia, tindakan itu dilakukan bagi ‘membalas’ pergerakan setelah dicabar anak buah yang sedang membuat pertunjukan ketika itu.
Mohd Shahfizal berkata, dia terus memulakan langkah apabila dicabar anak buah yang sedang beraksi.
“Saya juga tidak menyangka akan turut serta membuat pertunjukan kerana mengikut perancangan awal, hanya anak buah sahaja yang terlibat.
“Tetapi, secara tiba-tiba mereka ‘mencabar’ saya untuk turut serta dan saya menyambut cabaran itu tanpa dirancang. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar akhirnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Nor Hasliza yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta turut terkejut dengan tindakan suami yang secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.
“Saya juga tidak menyangka suami akan membuat persembahan kerana dia pun tidak membuat sebarang persiapan,” katanya.

- Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 32 mins ago