Translate

26 November 2013

"Wedding Of The Year" Pernikahan akan diadakan pada 11.12.13, Barang Kemas Che Ta Bernilai RM10 Juta

'Wedding Of the Year': Che Ta Bakal Disaluti Barang Kemas Bernilai RM10 Juta

Kredit Foto Faisol MustafaKredit Foto Faisol Mustafa

Akhirnya. Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular, Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan (Che Tah), 40, mengumumkan tarikh pernikahan mereka akan diadakan pada 11 Disember 2013.
"Allhamdulillah, akhirnya kami bakal disatukan", kata Che Tah sambil diperhatikan bakal suaminya, Zain, pada sidang media khas pengumuman tarikh hari bahagia mereka, bertempat di City Convention Centre, Setia Alam, sebentar tadi.
Majlis ijabkabul akan berlangsung di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam selepas solat maghrib sekitar jam 7.30 malam.
Seterusnya, majlis resepsi kedua mempelai akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Shah Alam, jam 8.30 malam.
Pada majlis pernikahan nanti, Che Tah bakal menerima wang hantaran sebanyak RM23,200, simbolik kepada tarikh lahir Zain. Manakala mas kahwin bernilai RM9,300 iaitu sempena tarikh lahir Che Ta sendiri beserta sebentuk cincin perkahwinan yang dianggarkan bernilai RM93,000.
Sehari sebelum itu, majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember 2013.
Bersesuaian dengan jolokan 'Wedding of the Year', perkahwinan pasangan ini bukan saja didakwa mendapat tajaan bernilai RM1.8 juta (setakat ini), sebaliknya, pada ketiga-tiga majlis iaitu berinai, nikah dan bersanding, Che Ta sangat bertuah apabila bakal disaluti barang kemas tajaan Habib Jewels yang bernilai RM10 juta.
Dua hari selepas majlis persandingan Che Ta dan Zain akan bercuti selama 19 hari. Mereka memilih Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk mengabadikan saat bulan madu.
Pasangan sejoli ini terlebih dahulu telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September 2013 lalu. Majlis merisik telah berlangsung pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 60 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Astro Ria menerusi saluran 104 adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.

Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pemilik syarikat didenda RM15,000 sembunyi lebih 2' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 24 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kastam Pahang rampas bijih timah, kapal dan lori b' 58 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Mungkin anda terkena serang' 1 hr 18 mins ago