Translate

20 November 2013

Malaysian Police Inspector Sazali Samad Is Mr Universe 2013 (Lightweight 70Kg) for 9th time.





Sazali adalah salah seorang daripada 3 wakil negara yang cemerlang dengan berjaya merangkul pingat emas  dalam kategori masing-masing pada Kejohanan Bina Badan Dunia yang berlangsung di Budaors, Hungary, Jumaat lalu.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.

Sepang, 19 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia melalui kejayaan ke-9 Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad dalam Kejohanan Bina Badan Dunia ‘5th WBPF World Championship’ di Budaors, Hungary bermula 13 November lalu.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor bersama lima orang atlet bina badan lain selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Thai Airways TG 417. Meskipun masih dalam keadaan keletihan namun mereka merasa amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh Pegawai serta anggota polis malam tadi.

Ketibaan mereka disambut oleh Dato’ Abdul Ghafar bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) Bukit Aman. Turut serta adalah Pegawai Kanan Polis mewakili setiap jabatan Bukit Aman, Pegawai Polis, Anggota Polis dan ahli-ahli keluarga.

Seramai 250 atlet bina badan yang terdiri daripada 30 buah negara telah terlibat di dalam kejohanan itu. Malaysia telah diwakili 5 atlet termasuk S/Insp Sazali bin Abd Samad, Koperal Azahar bin Mohamed, SP Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Buda anak Anchah dan Mohamad Roszaimi Abdul Rani.

Bagi S/Insp Sazali bin Abd Samad, ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan setelah 9 kali berturut-turut merangkul mahkota Mr. Universe (Lightweight 70 KG) selepas Mr. Universe (Bangkok 2012) pada tahun lepas. Turut terpilih adalah Koperal Azahar bin Mohamed dan SP Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ( ketiga Body Classic).






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 57 mins ago