Translate

30 January 2025

Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri



Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri

Bernama

30/01/2025


Hussein Omar Khan (foto) berkata permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis telah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes penipuan tawaran bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan isteri kepada seorang pelawak.

Polis menahan sepasang suami isteri di Salak Tinggi, Sepang, bagi membantu siasatan kes penipuan tawaran bantuan menukar seksyen hukuman di mahkamah yang melibatkan isteri seorang pelawak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mangsa, seorang wanita berusia 33 tahun, membuat bayaran RM95,180 kepada suspek tetapi gagal mendapatkan bantuan yang dijanjikan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.

"Permohonan reman akan dibuat hari ini di Mahkamah Kajang bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setakat ini tiga individu termasuk isteri kepada pelawak berkenaan telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Media sebelum ini melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun berhubung dakwaan kes penipuan bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan suaminya.

Hussein dilapor berkata mangsa berjumpa dengan seorang wanita berusia 28 tahun pada Disember tahun lepas bagi membincangkan mengenai masalah yang dihadapi suaminya dan ditawarkan bantuan untuk menurunkan seksyen kesalahan di mahkamah.

Mangsa kemudian membuat bayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank, namun gagal mendapatkan bantuan yang dijanjikan suspek.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lecturer claims trial for committing s*xual acts u' 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 40 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Onana howlers give Lyon a draw with Man United as ' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Miami viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 1 hr 8 mins ago