Translate

29 January 2025

JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025



JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025

Bernama

29/01/2025


Zamri (dua, kiri) ketika memeriksa dokumen perjalanan pemandu bas ekspres pada Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina Peringkat JPJ Negeri Terengganu di Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu. - Foto BERNAMA


KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas Tahun Baru Cina (Op Khas TBC) 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.

Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 1,833 notis juga dikeluarkan terhadap pemandu yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan dalam Op Khas TBC kali ini.

"Antara kesalahan paling banyak dikesan ialah gagal mematuhi lampu isyarat merah, tidak memakai topi keledar, memotong di garisan berkembar dan tidak memakai tali pinggang keledar.

"Hasil pemeriksaan kita juga telah menyita sebanyak 37 kenderaan termasuk 30 motosikal, empat kereta dan tiga lori," katanya selepas melakukan pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) malam tadi.

Zamri berkata pihaknya juga telah menugaskan 16 anggota untuk melakukan kerja penyamaran bagi mengawasi pemandu dan memantau pergerakan bas ekspres sepanjang Op Khas TBC 2025.

Beliau berkata ia melibatkan perjalanan pergi dan balik ke tiga destinasi iaitu Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Lumpur.

"Bagi memastikan bas berada dalam keadaan selamat, JPJ Terengganu telah mengambil langkah awal dengan menjalankan pemeriksaan di tujuh depoh seluruh negeri bermula 13 hingga 19 Jan.

"Sementara itu, dalam tempoh Op TBC 2025 sebanyak 165 bas telah diperiksa. Sejumlah 31 pemandu bas juga diarah menjalani pemeriksaan air kencing dan semua menunjukkan keputusan negatif," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 4 hrs 13 mins ago