Translate

29 January 2025

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina



Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

Bernama

28/01/2025


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran serta kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya.

"Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini," titah Seri Paduka Baginda.


Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut esok merupakan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi mem' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dakwaan projek Empangan Ulu Padas gagal tidak tepa' 24 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A picture of a woman taking a Topless "Selfie" res' 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JKNNS seru warga emas dapatkan vaksin influenza | ' 58 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 1 hr 5 mins ago