Translate
23 December 2024
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Bernama
23/12/2024
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas. - Gambar fail/X @bernamadotcom
GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
Pengarah KPDN negeri S.Jegan berkata jumlah itu melibatkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan 186 aduan diterima pihaknya berhubung bekalan barangan kawalan.
"Minyak masak ini bukan minyak masak botol tetapi paket bersubsidi, yang kita terima aduan ia dijual lebih daripada harga kawalan selain tiada stok di pasaran.
"Setiap aduan yang diterima, kita akan hantar pasukan turun ke lokasi untuk buat pemantauan dan siasatan. Bagaimanapun, untuk musim perayaan Krismas ini kita akan pastikan semua bekalan itu mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Pulau Pinang Datuk Rashidi Zinol, sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024, di sini hari ini.
Secara keseluruhan berdasarkan statistik dari 1 Jan sehingga 22 Dis, sebanyak 2,351 aduan diterima KPDN Pulau Pinang, dengan yang tertinggi membabitkan aduan berhubung harga barangan dan perkhidmatan iaitu 1,025, sebanyak 186 aduan berkaitan bekalan barangan kawalan manakala 1,140 lagi melibatkan lain-lain aduan.
Selain itu, beliau berkata dalam tempoh sama 48,955 premis diperiksa di seluruh Pulau Pinang dan telah menghasilkan 695 kes pelbagai kesalahan dengan jumlah sitaan RM2.1 juta serta kompaun RM308,950.
Sementara itu, Rashidi memaklumkan 14 jenis barangan akan dikawal sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP dengan senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti ketersediaan penawaran, kos semasa, cuaca dan kadar upah.
"Selain itu, ia mengambil kira pandangan daripada rakan strategik Kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi kerajaan dan pemain-pemain industri," katanya.
Rashidi berkata seramai 137 pegawai penguat kuasa KPDN dan 62 pegawai pemantau harga ditugaskan di lokasi strategik seluruh Pulau Mutiara itu sepanjang tempoh musim perayaan Krismas, termasuk di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi menjalankan pemeriksaan serta penguatkuasaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali sebelum ini memaklumkan SHMMP sempena sambutan Krismas melibatkan 14 jenis barangan di seluruh negara, akan berkuat kuasa mulai hari ini.
Barang yang terlibat ialah daging kambing biri-biri bertulang import, ayam tua hidup (Sarawak sahaja), kubis bulat import Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing, lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import dari China, kepak ayam serta babi hidup (peringkat ladang), daging babi bahagian perut dan daging babi bahagian daging dan lemak.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
High Court frees Rosmah of 17 money laundering and tax evasion charges Bernama 19/12/2024 Judge grants an order of acquittal after allowing ...
-
TikToker Rayyan Wong arrested for insulting the Agong, TMJ and PM 19/12/2024 Razarudin said that prior to that, a report was made by the Ma...
-
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis Astro Awani 21/12/2024 KUALA LUMPUR: Ibu Pe...
Popular Posts - Last 30 days
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
Blog Archive
-
▼
2024
(5580)
-
▼
Dec 2024
(986)
- SUV crashes into a massive crocodile, killing it w...
- Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam t...
- Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
- Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
- Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan,...
- Senarai calon bertanding Jawatankuasa Eksekutif FA...
- Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik...
- Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian...
- Dua Tekong Warga Myanmar Menyeludup PATI Diberkas
- Che Ta Nafi Dakwaan Tidak Pernah Bayar Pinjaman Mara
- 16 ahli 'Geng Pacific Siva' didakwa kes SOSMA
- Perhimpunan Di Hadapan Menara Kinabalu
- Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis
- Man Kulim MeninggaI Dunia
- PM ucap selamat hari Krismas, seru perkukuh keharm...
- Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke ata...
- Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di ...
- Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pan...
- Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
- TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
- Bangunan berhampiran stesen kereta api Saint-Lazar...
- Kes selesema burung menular di seluruh England
- Tiga eksekutif jualan didakwa pukul peguam
- Kronologi Nahas Babit 5 Kenderaan Di Ayer Keroh
- Dua Lelaki Ditahan, Suspek Lain Masih Diburu
- Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berl...
- Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai ...
- 45 rakyat Malaysia didakwa diperas ugut di konsert...
- Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada...
- Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim...
- Pekerja stor mengaku salah rakam video rakan seker...
- Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian A...
- Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan kesela...
- Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripad...
- Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan...
- IHPR Malaysia turun 0.4 peratus pada November - Ja...
- Nahas ngeri Ayer Keroh: Siasatan terperinci, audit...
- Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majli...
- Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti...
- Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - ...
- Polis Terengganu rampas dadah bernilai lebih RM7 juta
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- EKSlDEN 5 KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS BERHAMPIRAN ...
- WANITA SOUND TIKTOKER FEMES "SCAM" RATUSAN RINGGIT...
- PATI Dicekup Selepas Kenderaan Dinaiki Terbabas
- Mahkamah Tolak Permohonan Syed Saddiq
- FAM gantung Persatuan Bolasepak Kelantan berkuatku...
- MCMC taking immediate action on red IC application...
- Police identify five victims in fatal crash at KM2...
- Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
- PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.2...
- KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
- Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dala...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
- Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi...
- Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, ...
- Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
- 9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mula...
- Capital A dijangka keluar daripada status PN17 men...
- Mass pre-Christmas food crushes claim 67 lives in ...
- Woman killed when set on fire on New York subway t...
- Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perub...
- Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan d...
- Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
- Trump threatens to retake control of Panama Canal
- Trump says may keep TikTok around 'for a little wh...
- Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap M...
- Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9...
- Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang ...
- CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pe...
- 16 didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang 'G...
- Kerajaan Kelantan akan ambil tindakan tegas berhub...
- Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone...
- KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minya...
- Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
- KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanja...
- Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
- Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pen...
- 479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat...
- KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, ba...
- 46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
- Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zak...
- PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
- Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar...
- PM Anwar Ibrahim jawab isu pelantikan TYT Musa Ama...
- Pemandu Terselamat Daripada Rentung
- Kes 22 Ahli GISBH Dipindah Ke Mahkamah Tinggi
- Ella ceburi industri fesyen Muslimah
- KIM SERI MUNCUL SECARA LIVE MOHON MAAF SECARA TERB...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi
- Pihak berkuasa Thailand jamin jaga keselamatan pel...
- Empat maut, helikopter terhempas di hospital di Tu...
- Menu Trend 2024
- Tarian Mencolok Mata Di Tanah Merah Disiasat
- ASEAN Cup: Tickets sold out, Singapore supporters ...
- Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-teng...
- Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI ...
- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
-
▼
Dec 2024
(986)