Translate
23 December 2024
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Bernama
23/12/2024
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas. - Gambar fail/X @bernamadotcom
GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
Pengarah KPDN negeri S.Jegan berkata jumlah itu melibatkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan 186 aduan diterima pihaknya berhubung bekalan barangan kawalan.
"Minyak masak ini bukan minyak masak botol tetapi paket bersubsidi, yang kita terima aduan ia dijual lebih daripada harga kawalan selain tiada stok di pasaran.
"Setiap aduan yang diterima, kita akan hantar pasukan turun ke lokasi untuk buat pemantauan dan siasatan. Bagaimanapun, untuk musim perayaan Krismas ini kita akan pastikan semua bekalan itu mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Pulau Pinang Datuk Rashidi Zinol, sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024, di sini hari ini.
Secara keseluruhan berdasarkan statistik dari 1 Jan sehingga 22 Dis, sebanyak 2,351 aduan diterima KPDN Pulau Pinang, dengan yang tertinggi membabitkan aduan berhubung harga barangan dan perkhidmatan iaitu 1,025, sebanyak 186 aduan berkaitan bekalan barangan kawalan manakala 1,140 lagi melibatkan lain-lain aduan.
Selain itu, beliau berkata dalam tempoh sama 48,955 premis diperiksa di seluruh Pulau Pinang dan telah menghasilkan 695 kes pelbagai kesalahan dengan jumlah sitaan RM2.1 juta serta kompaun RM308,950.
Sementara itu, Rashidi memaklumkan 14 jenis barangan akan dikawal sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP dengan senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti ketersediaan penawaran, kos semasa, cuaca dan kadar upah.
"Selain itu, ia mengambil kira pandangan daripada rakan strategik Kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi kerajaan dan pemain-pemain industri," katanya.
Rashidi berkata seramai 137 pegawai penguat kuasa KPDN dan 62 pegawai pemantau harga ditugaskan di lokasi strategik seluruh Pulau Mutiara itu sepanjang tempoh musim perayaan Krismas, termasuk di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi menjalankan pemeriksaan serta penguatkuasaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali sebelum ini memaklumkan SHMMP sempena sambutan Krismas melibatkan 14 jenis barangan di seluruh negara, akan berkuat kuasa mulai hari ini.
Barang yang terlibat ialah daging kambing biri-biri bertulang import, ayam tua hidup (Sarawak sahaja), kubis bulat import Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing, lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import dari China, kepak ayam serta babi hidup (peringkat ladang), daging babi bahagian perut dan daging babi bahagian daging dan lemak.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
High Court frees Rosmah of 17 money laundering and tax evasion charges Bernama 19/12/2024 Judge grants an order of acquittal after allowing ...
-
TikToker Rayyan Wong arrested for insulting the Agong, TMJ and PM 19/12/2024 Razarudin said that prior to that, a report was made by the Ma...
-
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis Astro Awani 21/12/2024 KUALA LUMPUR: Ibu Pe...
-
US government shutdown: What closes, what stays open? Reuters 19/12/2024 US government services would be disrupted and hundreds of thousands...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
Blog Archive
-
▼
2024
(5513)
-
▼
Dec 2024
(919)
- Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap M...
- Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9...
- Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang ...
- CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pe...
- 16 didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang 'G...
- Kerajaan Kelantan akan ambil tindakan tegas berhub...
- Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone...
- KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minya...
- Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
- KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanja...
- Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
- Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pen...
- 479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat...
- KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, ba...
- 46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
- Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zak...
- PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
- Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar...
- PM Anwar Ibrahim jawab isu pelantikan TYT Musa Ama...
- Pemandu Terselamat Daripada Rentung
- Kes 22 Ahli GISBH Dipindah Ke Mahkamah Tinggi
- Ella ceburi industri fesyen Muslimah
- KIM SERI MUNCUL SECARA LIVE MOHON MAAF SECARA TERB...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi
- Pihak berkuasa Thailand jamin jaga keselamatan pel...
- Empat maut, helikopter terhempas di hospital di Tu...
- Menu Trend 2024
- Tarian Mencolok Mata Di Tanah Merah Disiasat
- ASEAN Cup: Tickets sold out, Singapore supporters ...
- Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-teng...
- Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI ...
- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
- Man Utd players booed off after Bournemouth stun A...
- LAKl TEGUR MAKWE CURANG LARl DGN TlKT0KER & HlNA G...
- 18 Polisi Ditangkap Kasus Pemerasan Penonton DWP
- At least 18,000 Indian Migrants to be Deported by ...
- KEJADIAN DI STESEN MINYAK CHOW KIT
- Tottenham Hotspur 3 - 6 Liverpool | 2024/25 Premie...
- PERSEMBAHAN MINGGU 5 | GEGAR VAGANZA 2024
- Manchester United 0 - 3 AFC Bournemouth | 2024/25 ...
- Miss Malaysia Crowned Miss Charm 2024
- PM Anwar berduka, rakam takziah kepada keluarga ak...
- Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
- Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat akt...
- Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda ...
- KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak a...
- Kerajaan Perpaduan boleh menang PRU, jika utamakan...
- Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam ke...
- Kes Bunuh Nurul Asikin
- Adi Putra Dimasukkan Ke Hospital
- Kim Seri Buat Live Jelaskan Isu
- Kritikan terhadap lantikan Thaksin disifatkan tida...
- Polis sahkan semakan CCTV akibat anjing liar
- Pemain dram ACAB rebah ketika konsert
- 4 Selamat Nahas Kereta Dihentam "Tayar Terbang"
- Jet pejuang Tentera Laut AS terkena insiden "temba...
- Christmas market crash: Suspect charged with five ...
- MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap w...
- Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggot...
- Pesawat An-2 yang hilang ditemukan di Kamchatka, t...
- Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak ...
- Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkala...
- Polis berkas empat lelaki disyaki terlibat kegiata...
- Polis Indonesia Ugut Rakyat Malaysia
- Warga Emas Ditipu RM823,000
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak ...
- KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak ...
- Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak ...
- Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
- Sidang media PM Anwar Ibrahim mengenai hala tuju n...
- Indonesia suffer shock 0-1 loss to Philippines
- Crystal Palace 1 - 5 Arsenal | 2024/25 Premier Lea...
- Anwar Nafi Terlibat Dengan Kes Mahkamah Rosmah
- 38 maut, bas bertembung lori bawa batu
- Polis buka kertas siasatan penularan resit pesanan...
- 91 warga Indonesia dibawa keluar dari Syria, selam...
- SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringank...
- Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separu...
- KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A...
- MAJLIS DAERAH JELEBU SERBU RUMAH DAN SITA HARTA BE...
- PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ru...
- Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
- Nigeria: At least 10 killed in church crash
- PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembang...
- Death toll in German Christmas market car-ramming ...
- Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat la...
- 12 penuntut UMT dibebaskan dengan jaminan polis
- Rogol Antara 7 Kes Dilaporkan Ketika Musim Banjir
- UM Jalankan Siasatan Secara Aktif - KPT
- Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thail...
- Kematian kucing di UM: Dr Wan Azizah gesa siasatan...
- Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan ...
- Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui m...
- JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
- PDRM tak gentar, terus tingkat penguatkuasaan di S...
- Penerbangan terus Chennai-Pulau Pinang perkukuh ha...
- Vision of suspected driver who carried out German ...
- Kjadian Di Putrajaya, Berdesup Brader Tu Lari Kena...
- Insiden rempuh pasar Krismas di Jerman, pemimpin d...
-
▼
Dec 2024
(919)