Translate

30 December 2024

Lapangan terbang Norway kembali beroperasi selepas insiden pendaratan cemas pesawat KLM



Lapangan terbang Norway kembali beroperasi selepas insiden pendaratan cemas pesawat KLM

Bernama

30/12/2024


Lapangan Terbang Torp kembali beroperasi selepas pesawat KLM yang melakukan pendaratan cemas pada Sabtu malam dialihkan dari landasan. -Gambar fail/Facebook TORP Sandefjord lufthavn


OSLO: Lapangan Terbang Torp di Norway kembali beroperasi pada petang Ahad selepas pesawat Boeing 737 milik Royal Dutch Airlines (KLM) yang melakukan pendaratan cemas pada malam Sabtu dialihkan dari landasan, lapor Xinhua memetik laporan media.

Pesawat Boeing 737 milik KLM terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Torp, Norway, akibat kegagalan sistem hidraulik, mengganggu penerbangan kira-kira 5,000 penumpang.

Semua 176 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindahkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Penumpang kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Oslo Gardermoen.

Polis Norway dan Lembaga Siasatan Kemalangan Norway menjalankan siasatan sebelum pesawat dialihkan. Proses pemulihan berdepan kelewatan kerana pesawat terbenam dalam lumpur.

Insiden itu mengganggu penerbangan kira-kira 5,000 penumpang, menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan dan kelewatan sepanjang hujung minggu, menurut penyiar nasional NRK.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Oslo ke Amsterdam terpaksa dilencongkan ke Torp berikutan kegagalan sistem hidraulik.

Juruterbang mengalami kesukaran mengawal pesawat, yang tergelincir ke kawasan rumput selepas mendarat pada 7 malam waktu tempatan.

Semua 176 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindahkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, menurut kenyataan KLM.

Penumpang menggambarkan suasana semasa pendaratan cemas itu sebagai tenang, dengan seorang pengembara berkata terdapat tepukan gemuruh selepas pesawat mendarat.

Penumpang kemudian dibawa dengan bas ke terminal dan seterusnya ke Lapangan Terbang Oslo Gardermoen, di mana penginapan hotel telah diatur.

Polis Norway dan Lembaga Siasatan Kemalangan Norway menjalankan siasatan awal sebelum memberikan kebenaran untuk mengalihkan pesawat itu.

Proses pemulihan berdepan kelewatan kerana pesawat terbenam dalam lumpur, merumitkan usaha pengalihan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 19 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 5 hrs 29 mins ago